Anda di sini

Empat lelaki dipenjara 13 tahun rogol gadis bawah umur

Advertisement
 Semua tertuduh kes rogol gadis bawah umur diiringi anggota polis keluar dari kamar mahkamah.
DIDAPATI BERSALAH: Semua tertuduh kes rogol gadis bawah umur diiringi anggota polis keluar dari kamar mahkamah.

KOTA KINABALU: Empat lelaki yang disabitkan dengan kesalahan merogol seorang gadis bawah umur, dikenakan penjara 13 tahun, oleh Mahkamah Sesyen di sini.

Hakim Azreena Aziz menjatuhkan hukuman itu terhadap Sharul Azmizan Kimlan, 26, Zulfadzly Abd Rahman, 26, Hasnan Bawdin, 27, dan Shahbeneh Kesran, 45, selepas perbicaraan penuh dan didapati bersalah.

Mereka yang didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, merogol mangsa yang berusia 15 tahun pada waktu kejadian.

Kesalahan dilakukan pada 14 Mei 2016 antara jam 1.20 petang, di rumah sebuah kampung, daerah Penampang.

Hukuman yang diperuntukkan, penjara selama tempoh 20 tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Sepanjang perbicaraan, pihak pendakwaan memanggil 12 saksi manakala enam saksi daripada pihak pembelaan.

Semasa rayuan, peguam Azhier Farhan Airisin memohon mahkamah mengimbangi kepentingan awam dan semua tertuduh.

Hal ini memberikan peluang kepada mereka untuk menjadi warganegara yang lebih baik.

Beliau juga merayu agar mahkamah menunjukkan belas kasihan kepada semua tertuduh, yang kini sudah tidak bekerja di samping tidak mempunyai pendidikan yang tinggi.

Timbalan Pendakwaraya Husna Abd Halim menegaskan, hukuman berat harus dijatuhkan kerana semua tertuduh menjalani perbicaraan penuh.

Fakta kes menunjukkan, tertuduh pertama dan kedua membawa mangsa ke rumah mereka di Penampang. Mangsa dikelilingi keempat-empat tertuduh.

Mangsa yang naif dan masih muda dipengaruhi oleh tertuduh ketiga, untuk menuruti keinginan mereka,” katanya.

Tambahnya, tiada unsur keganasan bukan salah satu faktor rayuan dalam kes berkenaan, kerana semua tertuduh bukan pesalah muda.

Di samping itu, Azhier turut meminta agar tertuduh pertama dan kedua dapat menangguhkan menjalani hukuman berkenaan.

Ayah Sharul Amizan baharu meninggal dua minggu yang lalu, manakala Zulfazly, datuknya meninggal pada malam Ahad lalu,” katanya.

Bagaimanapun, Azreena mengetepikan permohonan berkenaan.

Advertisement