Anda di sini

Sylvester Stallone masih hidup, tangkis berita palsu

Advertisement
Stallone menafikan berita kematiannya menerusi instagram
Stallone menafikan berita kematiannya menerusi instagram

BERITA palsu yang mengatakan pelakon terkenal Hollywood meninggal dunia mula dikesan disebar di media sosial sejak beberapa hari lepas.

Daily Mail hari ini melaporkan pelakon memegang watak Rocky Balboa dan John Rambo dalam siri filem Rocky dan Rambo masih sihat.

Akhbar dalam talian itu turut melaporkan ini merupakan kali kedua berita palsu terhadap pelakon itu disebarkan menerusi Internet.

Kali pertama ialah pada September 2016 - mengatakan Stallone meninggal dunia di rumahnya di Los Angeles.

Berita palsu kali ini mengatakan pelakon tersebut meninggal dunia disebabkan barah prostat.

Stallone menerusi instagram rasmi menasihatkan para peminatnya agar mengabaikan berita palsu tersebut.

"Masih hidup dan baik dan bahagia dan sihat...masih aktif!," katanya.

Manakala dalam video terkini dimuat naik di instagram, beliau kelihatan ceria dan sihat bersama dua anak perempuannya, dengan disertakan dengan tulisan sinis "Hebat rasanya apabila hidup semula."

Stallone, 71, dilahirkan di New York pada 6 Julai 1946.

Advertisement