Anda di sini

Sandakan bakal terima lebih ramai pelancong

Advertisement
 Musa (tiga kanan) serta isteri Puan Sri Faridah Tussin (empat kanan) bergambar kenangan bersama James.
MUHIBAH: Musa (tiga kanan) serta isteri Puan Sri Faridah Tussin (empat kanan) bergambar kenangan bersama James.

SANDAKAN: Daerah ini bakal menerima lebih ramai pelancong luar negara melalui penerbangan terus.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman berkata beberapa syarikat penerbangan luar telah bersetuju untuk membuat penerbangan terus terutama penerbangan dari China, Korea Selatan dan Jepun.

Justeru, beliau menyeru masyarakat agar sedar dengan potensi daerah ini yang kaya dengan keindahan alam semulajadi dan membangunkan lebih banyak tempat untuk dilawati pelancong.

Mengulas mengenai isu projek pemanjangan landasan Lapangan Terbang Sandakan, beliau menjelaskan masalah kekurangan peruntukan itu sedang diatasi dengan sebaiknya menerusi perbincangan dan akan selesai tidak lama lagi.

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam lawatan rasminya ke Sandakan telah meluluskan projek berkenaan, namun terdapat masalah kekurangan peruntukan menyebabkan projek itu belum dilaksanakan.

Beliau menyatakan demikian ketika berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Yang di-Pertua Negeri sempena Tahun Baharu Cina 2018 di kediaman rasmi Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Datuk Ir James Wong, di sini pada Jumaat.

Hadir sama, Yang di-Pertua Negeri Tun Dr Juhar Mahiruddin serta isteri Toh Puan Dr Norlidah RM Jasni, dan Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Idris.

Terdahulu, Musa mengunjungi Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Gum-Gum, Datuk Thien Fui Yun.pic musa-pelancong

Advertisement