Anda di sini

Usaha kerajaan dorong ekonomi digital

Advertisement

Swasta digalak melabur dalam meletak atur ber untuk tingkatkan kelajuan jalur lebar

 Salleh ketika ditemui wartawan selepas melawat Karnival Jualan Sentuhan Rakyat anjuran Barisan Nasional di Dewan Tun Said Kota Belud semalam. — Gambar Bernama
LAWATAN: Salleh ketika ditemui wartawan selepas melawat Karnival Jualan Sentuhan Rakyat anjuran Barisan Nasional di Dewan Tun Said Kota Belud semalam. — Gambar Bernama

KOTA BELUD: Usaha kerajaan mendorong lebih banyak pelaburan swasta dalam meletak atur fi ber baru-baru ini adalah bagi mencapai matlamat negara untuk meningkatkan kelajuan jalur lebar dan menurunkan harga, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.

 “Usaha meningkatkan infrastruktur digital kita ini penting untuk memacu pertumbuhan ekonomi digital dan pelaburan dalam meletak atur fi ber oleh entiti swasta seperti Broadnet Network Sdn Bhd (Broadnet) menggunakan pembiayaan swasta sentiasa dialu-alukan,” katanya kepada pemberita selepas melawat Karnival Jualan Sentuhan Rakyat, di sini semalam.

 Salleh berkata kerajaan menyokong pendekatan yang diambil oleh Broadnet untuk memanfaatkan jaringan fi ber sedia ada yang dimiliki pihakpihak seperti Tenaga Nasional Berhad dan penggunaan jaringan fi ber sebegini akan dilakukan secara komersial dan bukan eksklusif.

 “Broadnet merupakan inisiatif swasta. Syarikat ini memiliki lesen yang diperlukan menurut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta akan menggunakan dananya sendiri untuk meletak atur fiber secara komersial.

 “Kerajaan berharap ini dapat dilakukan secepat mungkin bagi mencapai sasaran jalur lebar negara menjelang 2020,” katanya.

 Mengenai karnival jualan itu, Salleh berkata program berkenaan memberi peluang kepada penduduk sekitar Kota Belud mendapatkan barang keperluan asas pada harga yang lebih murah.

 Program anjuran Barisan Nasional (BN) Kota Belud itu juga membuktikan keprihatinan parti tersebut dalam membantu mengurangkan kos sara hidup dan beban rakyat terutama dalam soal barang keperluan asas, katanya.

 “BN Kota Belud akan berusaha untuk mengadakan program ini sekerap yang mungkin bergantung kepada keadaan dan kita akan menentukan lokasi berbeza bagi memberi peluang kepada penduduk yang tinggal di pedalaman Kota Belud menikmati program ini,” katanya.

 Kira-kira 3,000 pengunjung menghadiri karnival itu yang bermula seawal jam 8 pagi hingga 2 petang semalam dengan pelbagai barang keperluan asas termasuk beras dan minyak masak dijual pada harga murah. — Bernama

Advertisement