Anda di sini

Ratusan sambut mayat Tsvangirai

Advertisement
 Ratusan memenuhi lapangan terbang utama Zimbabwe kelmarin apabila mayat ikon pembangkang Morgan Tsvangirai yang meninggal dunia akibat kanser di negara jiran Afrika Selatan, tiba di tanah air untuk dikebumikan. Tsvangirai, penentang yang tidak gentar kepada parti pemerintah ZANU-PF, meninggal dunia Rabu lepas pada usia 65 tahun selepas sekian lama bertarung dengan kanser usus. Penyokong dan pegawai dari partinya Pergerakan Perubahan Demokratik (MDC), berhimpun di Lapangan Terbang Antarabangsa Robert
HARARE: Ratusan memenuhi lapangan terbang utama Zimbabwe kelmarin apabila mayat ikon pembangkang Morgan Tsvangirai yang meninggal dunia akibat kanser di negara jiran Afrika Selatan, tiba di tanah air untuk dikebumikan. Tsvangirai, penentang yang tidak gentar kepada parti pemerintah ZANU-PF, meninggal dunia Rabu lepas pada usia 65 tahun selepas sekian lama bertarung dengan kanser usus. Penyokong dan pegawai dari partinya Pergerakan Perubahan Demokratik (MDC), berhimpun di Lapangan Terbang Antarabangsa Robert

HARARE: Ratusan memenuhi lapangan terbang utama Zimbabwe kelmarin apabila mayat ikon pembangkang Morgan Tsvangirai yang meninggal dunia akibat kanser di negara jiran Afrika Selatan, tiba di tanah air untuk dikebumikan.

Tsvangirai, penentang yang tidak gentar kepada parti pemerintah ZANU-PF, meninggal dunia Rabu lepas pada usia 65 tahun selepas sekian lama bertarung dengan kanser usus.

Penyokong dan pegawai dari partinya Pergerakan Perubahan Demokratik (MDC), berhimpun di Lapangan Terbang Antarabangsa Robert Mugabe, menyanyikan lagu keagamaan Kristian dan lagu parti ketika pesawat yang membawa mayatnya mendarat.

Kita sudah menerima jenazah presiden kita, wira kita, ikon kita, patriot dan pemimpin agung kita,” kata seorang daripada tiga timbalan Tsvangirai, Nelson Chamisa.

Jenazah dibawa ke sebuah kem tentera di mana jenazah wira negara menunggu secara rasmi sebelum dikebumikan.

Tsvangirai akan dikebumikan Selasa ini di kampung desanya di Buhera, 250 kilometer ke selatan Harare.

Rakan pembangkang sebelum ini mengadakan acara peringatan di ibu negara Harare dan di bandar raya kedua Bulawayo untuk memberi penghormatan kepada Tsvangirai yang sering diejek oleh bekas presiden Robert Mugabe sebagai tali barut Barat.

Di Bulawayo, bekas timbalan Tsvangirai, Welshman Ncube, memuji Tsvangirai kerana memaafkan penindasnya dalam kerajaan yang pernah membelasahnya.

Beliau sama sekali tidak menyimpan kebencian walaupun selama ini mereka mencercanya, menangkapnya, memukulnya dan mengenakan tuduhan derhaka terhadapnya,” kata Ncube.

Beliau tidak mementingkan diri.”

Beliau berkata, Tsvangirai memanggilnya ke rumahnya pada Januari lepas dan membayangkan beliau tidak akan sempat melihat pilihan raya di negara itu yang dijangkakan pada Julai tahun ini.

Pertemuan itu sangat emosional.

Beliau berkata ‘marilah kita bersikap realistik. Saya tidak akan hidup lama. Saya tidak akan bersama anda dalam kempen ini’,” ujarnya lanjut.

Pilihan raya itu merupakan yang pertama diadakan tanpa Robert Mugabe dalam tempoh hampir empat dekad.

Tsvangirai didapati menghidap kanser usus pada 2016.

Bekas tonggak kesatuan sekerja itu memimpin MDC sejak ia ditubuhkan pada 1999, untuk menimbulkan cabaran paling kuat kepada pemerintahan ZANU-PF selama hampir empat dekad.

Pada 2008, beliau menewaskan Mugabe dalam pusingan pertama pilihan raya presiden, tetapi gagal mendapatkan undi yang mencukupi untuk diisytiharkan sebagai pemenang mutlak.

Bagaimanapun beliau menarik diri daripada undian pusingan kedua, yang dicemari keganasan termasuk pembunuhan kira-kira 200 penyokong pembangkang.

Kematian Tsvangirai berlaku ketika ketegangan berhubung penggantinya mengancam untuk memecah-belah MDC selain memberikan kelebihan kepada Presiden Emmerson Mnangagwa yang mengambil alih daripada Mugabe selepas tentera merampas kuasa pada November lalu. — AFP

Advertisement