Anda di sini

Letusan besar Gunung Sinabung, abu dan asap setinggi 5 KM

Advertisement
Gunung Sinabung meletus lagi dan memuntahkan asap serta abu tebal ke udara. - Foto AFP
Gunung Sinabung meletus lagi dan memuntahkan asap serta abu tebal ke udara. - Foto AFP

JAKARTA: Gunung Sinabung di Sumatera Utara dilaporkan meletus lagi dengan letusan lebih besar sehingga asap dan abu letusan menjulang setinggi 5 kilometer (km).

Menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMG) Indonesia, letusan terbaharu itu berlaku pada 8.59 pagi tadi.

Asap dan debu letusan itu dilaporkan menghala ke arah selatan dan timur tenggara Pulau Sumatera.

Sementara itu, media tempatan melaporkan pihak berkuasa tempatan telah mengeluarkan arahan supaya orang ramai tidak melakukan sebarang aktiviti di radius 4km dari kawah gunung itu.

Kali terakhir gunung itu dilaporkan meletus ialah pada 27  Jan lepas. - BERNAMA

Advertisement