Anda di sini

Pesawat dengan lebih 50 penumpang terhempas di Iran

Advertisement
ATR-72 buatan Perancis yang dimiliki Aseman Airlines Iran di landasan lapangan terbang Dubai pada 29 Julai 2008. - Foto fail AFP
ATR-72 buatan Perancis yang dimiliki Iran Aseman Airlines di landasan lapangan terbang Dubai pada 29 Julai 2008. - Foto fail AFP

TEHRAN: Pesawat penumpang Iran dengan lebih 50 orang, jatuh ke dalam kawasan pergunungan Zagros di negara itu, ketua perkhidmatan kecemasan negara itu memberitahu media tempatan pada hari ini.

“Pesawat itu jatuh di kawasan Semirom dan semua pasukan kecemasan sedang bersiap sedia. Pesawat itu mempunyai 50 hingga 60 penumpang," kata Pir Hossein Koolivand kepada agensi berita Fars.

Pesawat itu dilaporkan perjalanan dari Tehran ke bandar kecil Yasuj di wilayah Isfahan.

Semirom terletak di rantau barat daya Iran, sekitar 480 kilometer di selatan ibu kota.

"Sebuah pesawat ATR dari Aseman Airlines dengan 60 penumpang dan enam kru hilang dari radar pagi ini," kata ketua jawatankuasa keselamatan negara dan dasar luar parlimen, Aladin Borujerdi kepada agensi berita separa rasmi ISNA.

"Pemerhatian oleh orang (di kawasan) mengatakan ia terhempas," katanya sambil menambah beliau masih menunggu pengesahan.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan negara, Mojtaba Khaledi memberitahu ISNA bahawa helikopter telah dihantar ke kawasan itu.

"Memandangkan kawasan tersebut adalah gunung ganang, kita tidak dapat menghantar ambulans," katanya. - AFP

Advertisement