Anda di sini

Suspek kelar isteri direman 7 hari

Advertisement
 Suspek yang merupakan suami mangsa direman tujuh hari mulai semalam.
DITAHAN: Suspek yang merupakan suami mangsa direman tujuh hari mulai semalam.

BINTULU: Mahkamah Bintulu semalam mengenakan perintah tahanan reman tujuh hari ke atas seorang suspek yang disyaki mengelar leher isterinya hingga mati di Uma Balui Ukap, Sungai Asap, Belaga pada malam Ahad lalu.

 Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar, suspek dikenakan tahanan reman mulai semalam bagi membantu siasatan berhubung insiden itu.

 Jelasnya, suspek dipercayai membunuh isterinya, 25, berhampiran bilik mandi di unit kediaman mereka di rumah panjang berkenaan sekitar jam 9.10 malam.

 Bagaimanapun jelas Dev, siasatan yang dilakukan pihaknya mendapati suspek menafi kan tuduhan membunuh itu, sebaliknya mendakwa isterinya mengelar lehernya sendiri setelah menyerangnya.

 “Buat masa sekarang, si suami yang bekerja di kem pembalakan masih menjadi suspek utama dalam kes ini,” ujarnya.

 Kes ini jelasnya, disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Advertisement