Anda di sini

Janji Zehan ~ Keunikan cinta dua benua lakonan Nur Fazura di Astro First

 Fazura (tengah) dan barisan produksi Janji Zehan bergambar bersama Sharmin Parameswaran, Ketua Astro First dan Astro Best) semasa sidang media baru-baru ini.
SIDANG MEDIA: Fazura (tengah) dan barisan produksi Janji Zehan bergambar bersama Sharmin Parameswaran, Ketua Astro First dan Astro Best) semasa sidang media baru-baru ini.

KUALA LUMPUR: ‘Janji Zehan’ merupakan naskhah terbaharu arahan sutradara hebat, Bernard Chauly dan Zabrina Fernandez, yang bakal bersiaran di Astro First Eksklusif Saluran 480 dan platform digital ‘on demand’ mulai hari ini (14 Februari).

Ia dibintangi Nur Fazura (Jehan) dan Amir Rezazadeh (Arman) dalam watak utama, manakala pelakon hebat Bront Palarae turut membuat penampilan khas dalam filem televisyen (FTV) ini.

Mengisahkan tentang percintaan dua individu yang baru berkahwin dan berbeza latar belakang, bahasa serta budaya, ‘Janji Zehan’ turut mengangkat keindahan panaroma negara Timur Tengah, Iran, dan keunikan budaya masyarakatnya yang masih mengekalkan tradisi lama dalam kehidupan moden hari ini.

Dengan tajuk asal dalam bahasa Iran, ‘Lahzeye Bi Payan’ yang bermaksud “Dalam Satu Detik Masa Yang Tiada Pengakhirannya”, ‘Janji Jehan’ sekali lagi menampilkan gabungan hebat di antara Nur Fazura dan Bernard Chauly.

Kerjasama terakhir mereka adalah untuk filem ‘Manisnya Cinta di Cappadocia’ terbitan Astro Shaw pada tahun 2014.

Menerusi kolaborasi tersebut juga, Fazura dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-27 (2015).

Selain ‘Manisnya Cinta di Cappadocia’, Bernard pernah bekerjasama dengan Nur Fazura dalam karya-karya hebat beliau seperti ‘Gol & Gincu’ (2005), ‘Pisau Cukur’ (2009) dan ‘Istanbul Aku Datang’ (2012).

Ketika di Iran, Fazura ada memaklumkan kepada saya yang beliau bakal berkahwin, justeru sesi penggambaran kami dilihat lebih bermakna kerana saya dan Fazura kerap kali berbincang mengenai fasa baru alam perkahwinan yang bakal beliau tempuhi, harapan dan keinginannya,” kata Bernard Chauly dalam satu kenyataan.

Tambahnya lagi, kebetulan ketika penggambaran berlangsung, Fazura sedang dilamun cinta bersama suaminya kini, Fattah Amin.

Saya doakan hubungan mereka dilimpahi kebahagiaan,” ujarnya.

Selain Bernard, turut menduduki kerusi Pengarah adalah Zabrina Fernandez dan ini merupakan filem pertama arahan beliau.

Zabrina sebelum ini lebih aktif dengan tugasan di belakang tabir sebagai Penerbit Kreatif dan Pengarah untuk program-program realiti dan gaya hidup (lifestyle) tempatan dan antarabangsa. 

Janji Zehan’ yang berdurasi 90 minit ini bergenre drama dan romantik, serta menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa perantaraan.

Janji Zehan’ merupakan kerjasama Astro First Eksklusif bersama Wildsnapper TV Sdn. Bhd. Produksi ini pernah terlibat dalam penerbitan program-program realiti berskala besar dan bertaraf antarabangsa seperti ‘The Apprentice Asia S1’, ‘Supermodel Me S5’, ‘Asia’s Got Talent’, ‘The Amazing Race S4 & S5’, ‘Fear Factor Malaysia S2’ dan banyak lagi. ‘Janji Zehan’ merupakan percubaan pertama Wild Snapper TV dalam menerbitkan sebuah filem televisyen.

FTV ini adalah kolabo-rasi pertama di peringkat antarabangsa buat pela-kon kelahiran Iran, Amir Rezazadeh, 35 tahun.

Selain terlibat dengan lakonan, Amir yang turut aktif sebagai seorang model pernah menghiasi pentas peragaan utama di sekitar negara Timur Tengah dan India.

Keseluruhan sesi penggambaran FTV ini telah dijalankan di Iran dan mendapat sokongan dari Kementerian Pelancongan Negara Iran dan Kedutaan Besar Republik Iran di Malaysia.

Syarikat penerbangan tambang murah terbaik dunia, AirAsia turut hadir sebagai rakan penaja untuk penerbitan ini.

Janji Zehan’ bakal bersiaran di Astro First Eksklusif, saluran 480 mulai 14 Februari 2018. Dengan hanya RM 15.90 (termasuk 6% GST), penonton boleh menonton ‘Janji Zehan’ berulang kali dalam tempoh 48 jam dari waktu pembelian.

Untuk pilihan yang lebih fleksibel, ‘Janji Zehan’ boleh turut didapati menerusi platform digital, ‘on demand’.