Anda di sini

Bekas Pengarah Jabatan Air Negeri Sabah, isteri fail permohonan semakan kehakiman

Advertisement

KOTA KINABALU: Seorang bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah dan isterinya memfailkan permohonan kebenaran bagi pendengaran semakan kehakiman untuk mengetepikan kesemua tuduhan terhadap mereka.

Tanpa kehadiran pemohon, peguam yang mewakili mereka, Marcel Jude Joseph memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa semalam telah ditetapkan bagi mendengar semakan kehakiman itu, tetapi anak guamnya, Ag Mohd Tahir Mohd Talib, 54, dan isteri, Fauziah Piut, 51, ingin tahu sama ada Jabatan Peguam Negara mempunyai sebarang bantahan terhadap permohonan semakan kehakiman mereka.

Peguam Kanan Persekutuan Andi Razali Jaya memohon dua minggu untuk pendengaran sementara menunggu respons daripada Jabatan Peguam Negara.

Hakim P. Ravinthran menangguhkan pendengaran bagi semakan itu kepada 27 Februari. — Bernama

Advertisement