Anda di sini

Penduduk Kampung Petanak gempar temui mayat terapung

Advertisement
 Keadaan mayat yang ditemui di Kampung Petanak, Mukah pada malam Ahad lalu.
TERDAMPAR: Keadaan mayat yang ditemui di Kampung Petanak, Mukah pada malam Ahad lalu.

MUKAH: Penduduk Kampung Petanak di sini gempar pada malam Ahad lalu apabila terdapat satu mayat terapung dalam keadaan terlentang.

Dalam kejadian itu, satu mayat tidak berbaju dan hanya berseluar pendek berwarna hitam ditemui sekitar jam 11.30 malam oleh orang awam.

Ekoran itu, satu panggilan dibuat ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah mengenai penemuan mayat mengejutkan itu.

Ketua Polis Daerah (KPD) Mukah DSP Jimmy Panyau mengatakan sejurus menerima panggilan sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian.

Siasatan awal polis mendapati mayat tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri pada badannya,” kata Jimmy kepada Utusan Borneo di sini, semalam.

Menurutnya, hasil pemeriksaan mendapati tiada sebarang kecederaan dikesan pada tubuh mangsa yang menunjukkan tiada tanda-tanda jenayah.

Katanya melalui data terkini polis tiada rekod orang hilang dilaporkan di daerah Mukah yang boleh dikaitkan dengan penemuan mayat terbabit.

Kami menyeru orang ramai yang kehilangan saudara agar untuk tampil dan melaporkannya kepada kami,” jelasnya.

Laporan orang hilang boleh dibuat dengan menghubungi segera IPD Mukah.

Jimmy berkata, mayat itu dibawa ke Hospital Mukah untuk siasatan lanjut.

Advertisement