Anda di sini

Letupan di stesen jana kuasa elektrik Puerto Rico

Advertisement
 Ambulans dan kenderaan polis memasuki stesen jana kuasa elektrik selepas letupan dan kebakaran dilaporkan punca gangguan bekalan di beberapa bahagian di San Juan, kelmarin. — Gambar AFP
BERGELAP: Ambulans dan kenderaan polis memasuki stesen jana kuasa elektrik selepas letupan dan kebakaran dilaporkan punca gangguan bekalan di beberapa bahagian di San Juan, kelmarin. — Gambar AFP

SAN JUAN: Sebahagian besar San Juan dan satu bahagian di utara perbandaran Puerto Rico berada dalam kegelapan malam kelmarin selepas satu letupan merosakkan stesen jana kuasa elektrik, lima bulan selepas dua hurikan memusnahkan rangkaian bekalan elektrik di pulau tersebut.

Pihak berkuasa pembekalan elektrik negara (AEE) menyatakan letupan itu disebabkan kerosakan suis di Rio Piedras, mengakibatkan ketiadaan bekalan elektrik di tengah San Juan dan Palo Seco di bahagian utara.

Kami mempunyai kakitangan yang berusaha untuk mengembalikan sistem itu secepat mungkin,” menurut AEE.

Datuk bandar San Juan Carmen Yulin Cruz menyatakan dalam Twitter bahawa perkhidmatan kecemasan dan pegawai tempatan telah pergi ke tempat kejadian di kawasan kejiranan di Monacillos, namun tiada kecederaan dilaporkan.

Sementara itu, lapangan terbang di ibu negara Puerto Rican menyatakan ia mengekalkan jadualnya menggunakan alat jana kuasa kecemasan.

Ketiadaan elektrik berlaku ketika hampir 500,000 daripada 1.6 juta pelanggan AEE masih terputus bekalan elektrik selepas Hurikan Irma dan Maria melanda wilayah Amerika Syarikat (AS) itu pada September tahun lepas. — AFP

Advertisement