Anda di sini

Kerajaan utamakan golongan warga emas

Advertisement
 Masidi (dua kiri) menyaksikan salah seorang hadirin menderma darah.
DAPAT SAMBUTAN: Masidi (dua kiri) menyaksikan salah seorang hadirin menderma darah.

RANAU: Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, kerajaan tetap memberikan keutamaan serta menyalurkan bantuan kepada warga emas kerana golongan itu juga adalah ahli komuniti yang mempunyai tanggungjawab besar terhadap pembangunan masyarakat, bangsa dan negara.

Kerajaan tidak akan meminggirkan peranan serta sumbangan berterusan golongan itu kerana mereka telah menabur bakti, jasa serta pengorbanan dalam pembangunan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perjumpaan Khas Persatuan Warga Emas Kampung Muhibah Ranau yang turut dihadiri Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin.

Masidi yang juga ADUN Karanaan memberi keyakinan kepada warga emas di daerah ini khususnya di Kampung Muhibah, bahawa selagi bergelar wakil rakyat maka beliau akan bersama barisan pemimpin yang lain menyalurkan bantuan serta sumbangan kepada golongan warga emas.

Ewon dalam ucapan perasmiannya berkata kerajaan tetap mengenang jasa dan pengorbanan golongan warga emas kerana telah mendidik anak masing-masing sehingga dewasa dan berjaya dalam membina kehidupan sempurna.

Kepada golongan muda atau generasi muda, jangan memandang remeh peranan ibu bapa yang sudah berusia lebih 60 tahun kerana tanpa mereka siapalah kita semua pada hari ini,” katanya.

Beliau memuji Jawatankuasa Persatuan Warga Emas Kampung Muhibah Ranau kerana berjaya menganjurkan majlis itu yang pastinya mencapai objektif memupuk perpaduan serta persaudaraan dalam kalangan mereka, tanpa membezakan latar belakang budaya, suku kaum, agama dan fahaman politik.

Turut diadakan sempena program itu ialah kempen derma darah yang mendapat penyertaan memberangsangkan daripada masyarakat setempat.

Turut hadir ialah Pengerusi Persatuan Warga Emas Kampung Muhibah Matlan U Gamali dan Presiden Persatuan Lee Se On.

Advertisement