SHAH ALAM: Affin Islamic Bank Berhad (Affi n Islamic) semalam telah mengumumkan perkongsian strategiknya dengan Management & Science University (MSU) melalui AFFIN Pembiayaan Pendidikan-i.
Affin Pembiayaan Pendidikan- i merupakan skim patuh syariah yang direka khas.
Melalui kerjasama ini, pelajar yang berkelayakan akan menerima bantuan kewangan sehingga RM150,000 dan sehingga tempoh pembiayaan selama 15 tahun untuk pelan pendidikan mereka.
Presiden MSU Datuk Wira Mohd Shukri Yajid berkata, Affi n Pembiayaan Pendidikan- i ini adalah antara komitmen berterusan MSU dalam memenuhi tanggungjawabnya untuk membantu para pelajarnya dalam aspek pembiayaan dan meneruskan pendidikan tinggi seterusnya melahirkan graduan yang holistik dan kompeten serta meningkatkan pembangunan sektor pendidikan negara.
“Sumbangan ini adalah acara tradisi MSU dan mencerminkan peranan dan komitmen universiti berkenaan dalam memenuhi tanggungjawabnya terhadap golongan yang memerlukan serta merupakan wadah MSU dalam menjayakan pembangunan komuniti.
“Selain skim berkenaan, MSU menerusi Yayasan MSU turut memperuntukkan kira-kira RM8 juta setiap tahun dalam pelbagai bentuk sumbangan seperti biasiswa, tajaan pengajian, zakat, bantuan kewangan serta pelbagai bentuk bantuan lain,” katanya pada majlis pelancaran Affi n Pembiayaan Pendidikan-i di MSU, Shah Alam, semalam.
Turut hadir pada majlis tersebut Pengerusi Affin Islamic Mohd Suffi an Haron, Pengarah Urusan/Ketua Pegawai Eksekutif Affi n Bank Berhad Kamarul Ariffin Mohd Jamil dan Ketua Pegawai Eksekutif Affi n Islamic Nazlee Khalifah.
Berbicara lanjut mengenai Affi n Pembiayaan Pendidikani, Mohd Suffi an berkata, pengenalan pembiayaan pendidikan ini merupakan satu lagi inisiatif oleh pihak bank untuk memenuhi keperluan perubahan pesat di pasaran dan kali ini dalam segmen pendidikan.
“Inilah aspirasi kami untuk menambah nilai kepada pembangunan industri pendidikan negara melalui produk pembiayaan berasaskan Syariah yang inovatif dan membawa nilai kepada para pelanggan.
“Berdasarkan konsep Ijarah, pembiayaan ini dibuka kepada pelajar berusia 18 hingga 45 tahun yang akan mengikuti program Diploma, Ijazah Sarjana Muda atau Pasca Siswazah,” katanya.
Sehingga kini, pelan pendidikan berkenaan telah diluluskan kepada 26 pelajar MSU dan lebih 100 pelajar lagi masih di peringkat penilaian.