Anda di sini

Sharifah Shahira kembali semula ke konti Suria FM

Advertisement
__alt__

SELEPAS kontraknya bersama Suria FM tamat pada tahun 2011, Sharifah Shahira bergiat aktif dalam bidang lakonan dan pengacaraan.

Namun bermula 5 Februari lepas, suara beliau kembali kedengaran di frekuensi Suria FM. Inilah ‘comeback’ yang dinanti-nantikan oleh peminat Sharifah Shahira dan Suria FM.

Digandingkan bersama Zulin Aziz dan Fizi untuk slot Suria Pagi, Sharifah Shahira yang lebih mesra dengan panggilan Shira tidak melihat ianya sebagai suatu yang membebankan.

Malah padanya ini adalah peluangnya untuk lebih mengenali penyanyi-penyanyi baru.

Sebelum inipun saya tidak pernah berhenti bekerja. Apabila diberikan kepercayaan sekali lagi oleh pihak Suria, saya fikir, kenapa tidak? Saya bekerja dalam industri hiburan, jadi bila kita kembali kepada radio, sekaligus dapat juga kita kenal penyanyi-penyanyi baru. Tidaklah ketinggalan,” katanya dalam satu kenyataan.

Shira berkata teruja apabila digandingkan bersama penyampai-penyampai muda.

Baginya ini adalah peluang terbaik untuk berkongsi pengalaman dan pandangan dengan orang baru. Beliau akan cuba menerapkan elemen perbincangan dan nasihat di samping gurauan ketika ke udara kelak.

Menurut Roslinda Abd Majid atau lebih dikenali sebagai DJ Lin selaku Pengurus Program Suria, Sharifah Shahira bukanlah nama baru dalam industri seni tanah air dan beliau juga merupakan penyampai Suria suatu ketika dahulu.

Kami yakin dan percaya gabungan mereka mereka bertiga akan memeriahkan lagi slot Suria Pagi dengan karakter dan keunikan masing-masing,” katanya.

Tambahnya lagi, “Dengan adanya khidmat penerbit yang berpengalaman, Suria Pagi dijangkakan dapat memberi saingan yang lebih sengit kepada radio-radio berbahasa Melayu di luar sana dan membawakan nama Suria itu sendiri ke tahap yang lebih tinggi.”

Segmen Suria Pagi ini mendapat tajaan daripada Glow Glowing Beauty Skin & JL Lens By Glow Glowing.

Dapatkan maklumat dan perkembangan terkini berkenaan Suria di laman web Suria dan juga laman sosial Facebook, Instagram & Twitter SuriaFMMalaysia.

Advertisement