Anda di sini

Siaran langsung kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-23 malam ini di TV3

Advertisement
__alt__

DEBARAN Anugerah Juara Lagu ke-23 (AJL32) yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil bakal berakhir pada malam ini dengan 12 buah lagu terbaik sepanjang tahun 2017 akan berentap sesama mereka.

 Dua belas lagu yang telah layak ke pentas AJL 32 adalah ‘AKHIRNYA, CINTA’ nyanyian Salma, ‘AKU CINTA’ (Syamel & Ernie Zakri), ‘AKU YANG SEBENAR’ (Hazama The Penglipur Lara), ‘AMBOI’ (Altimet), ‘BAYANG’ (Khai Bahar), ‘JAMPI’ (Hael Husaini), ‘LEBIH SEMPURNA’ (Syamel), ‘MENAHAN RINDU’ (Wany Hasrita), ‘SEJATI’ (Faizal Tahir yang akan dinyanyikan oleh Azmi Caliph Buskers), ‘SEPARUH MATI KU BERCINTA’ (Dayang Nurfaizah), ‘TERGANTUNG SEPI’ (Haqiem Rusli) dan ‘WARKAH UNTUK MU’ (Ara Johari).

 Jika tahun lalu, ‘Cerita Dalam Lagu’ menjadi tema pilihan, Anugerah Juara Lagu yang ke-32 (AJL 32) tahun ini mengangkat ‘Fesyen dan Muzik’ sebagai tema utama.

 Selain itu, buat pertama kalinya demi menampilkan kelainan bersesuaian dengan tema yang dipilih, trofi AJL 32 telah disuntik dengan elemen fesyen hasil kerjasama pereka fesyen tersohor, Rizman Ruzaini.

 Jika tahun lalu menampilkan Awal Ashaari, Che Puan Sarimah Ibrahim, Fara Fauzana dan Fizi sebagai pengacara, tahun ini Alif Satar dan Sherry Al Hadad bakal menggalas tugas berat untuk mengacarakan AJL32 malam ini.

 AJL 32, yang disiarkan secara langsung di TV3 bermula jam 9 malam dibawa khas oleh Nivea Face Care, Nivea Pearl White Whip Foam dan Samsung Galaxy A8 | A8+.

 Selain itu, Samsung akan turut menyumbangkan hadiah bagi kategori Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung dan juga Persembahan Terbaik.

 Kemuncak AJL32 malam ini bakal dihangatkan lagi dengan persembahan hebat daripada penyanyi jemputan yang terdiri Datuk A Rahman Hassan, Datuk Jeffrydin, Datuk Awie, Edrie Hashim, Siti Sarah, Stacy, AG Coco dan juga Waris.

 Tambah menarik, AJL32 turut menawarkan peluang buat penonton untuk mengundi kategori Persembahan Terbaik pada malam kemuncak malam ini menerusi laman web www.xtra.com.my/ ajl32 bermula jam 9.00 malam – 11.30 malam Undian-undian itu akan menyumbang kepada 50 peratus markah keseluruhan manakala baki 50 peratus markah adalah daripada juri profesional.

 Ketahui juga info fi nalis, berita terkini AJL32, video dan galeri sebalik tabir serta siaran penstriman langsung menerusi LIVE TV di xtra yang dikuasakan oleh tonton bermula jam 9.00 malam.

 Merancakkan lagi arena atas talian, tonton membawakan temubual eksklusif dan terkini bersama fi nalis dari belakang pentas AJL32 menerusi laman web www.tonton.com.my.

 Buat pertama kalinya, tonton turut menawarkan 170 pas masuk VIP ke malam kemuncak termasuk akses penuh ke AJL32 Post Party Rated Xtra buat pelanggan bertuah menerusi laman web www.tonton.com.my dan www.xtra.com.my.

 Ikuti siaran FB LIVE di laman Facebook @ tontonMY bermula 11.30 malam sehingga lewat malam untuk merasai bahang kemeriahan acara AJL32 Post Party Rated Xtra yang menghimpunkan selebriti dan fi nalis AJL32.

 AJL 32 juga boleh Hiburan Siaran langsung kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-23 malam ini di TV3 ditonton secara langsung di portal video tonton (www.tonton.com.my).

 AJL 32 turut disokong oleh Geng Radio iaitu Hot FM & Kool FM, Geng Media Berita Harian dan Harian Metro serta Geng Media Digital Ohbulan & Durian Stroberi!.

 Layari dan dapatkan perkembangan semasa menerusi Facebook, Twitter & Instagram TV3Malaysia untuk berita dan maklumat terkini.

 Gunakan tanda pagar (hashtag) #AJL32 untuk menghangatkan lagi perbualan tentang anugerah ini di laman sosial anda.

Advertisement