Anda di sini

Cubaan seludup tengkorak manusia dari Indonesia ke Belanda gagal

Advertisement
Pegawai kastam mempamerkan sebahagian daripada 24 tengkorak manusia, dipercayai dari Papua dan Kalimantan, selepas mereka menghentikan cubaan menyeludup keluar ke Netherlands. - Foto Reuters
Pegawai kastam mempamerkan sebahagian daripada tengkorak manusia, dipercayai dari Papua dan Kalimantan, selepas mereka menghentikan cubaan mengirim keluar ke Belanda. - Foto Reuters

DENPASAR: Cubaan untuk menyeludup keluar sebanyak 24 tengkorak manusia menerusi kiriman bungkusan dari Bali ke Belanda berjaya dipatahkan oleh pegawai kastam Indonesia, dalam dua kejadian berasingan bulan lepas.

Menurut laporan Daily Mail, tengkorak itu dipercayai artifak budaya yang signifikan dari bahagian lain di Indonesia, kemungkinan daripada kepulauan Papua dan Borneo.

Ia dilabel sebagai diperbuat daripada bahan sintetik namun didapati asli manusia selepas diperiksa oleh pakar-pakar dari Pusat Pemuliharaan Warisan Budaya Bali.

Menurut pegawai kastam Ni Aniek yang dipetik sebagai berkata, tengkorak itu mungkin berasal dari Papua, sebuah rantau Melanesia yang membentuk wilayah timur Indonesia, dan Kalimantan di pulau Borneo, yang menempatkan suku pribumi Dayak.

Pada masa lalu, masyarakat Dayak dikenali sebagai 'pemburu kepala' dan akan menyimpan tengkorak mangsa-mangsanya.

Setakat ini, tidak ada tangkapan dibuat berhubung cubaan menyeludup keluar tengkorak tersebut.

Advertisement