Anda di sini

Amuk di gereja, suspek ditembak mati

Advertisement

JAKARTA: Seorang suspek yang menyerang dan mengamuk di sebuah gereja di Yogyakarta, ditembak mati dalam kejadian pagi tadi.     

Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi di Gereja St Lidwina Dukuh Jambon Trihanggo, Gamping, Sleman, dilaporkan beratus orang awam sedang berhimpun melakukan ibadat sebelum suspek bersenjatakan parang masuk dan mengamuk.     

Suspek dikenali sebagai Suliyono, 23, dilapor melibas-libaskan parangnya menyebabkan tiga orang awam cedera, selain merosakkan harta benda di gereja berkenaan.     

Ketua Polis Sleman, M. Firman dipetik media dalam talian berkata anggota polis yang tiba di tempat kejadian cuba memujuk suspek menyerah diri, sebaliknya turut diserang dan seorang anggota polis mengalami  kecederaan.     

Polis melepaskan satu das tembakan peringatan, namun suspek masih agresif sebelum ditembak mati. Polis masih menyiasat sama ada suspek terkait dengan kumpulan pengganas.     

Polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat mengenai kejadian tersebut. - Foto Antaranews
Polis bergegas ke tempat kejadian selepas menerima maklumat mengenai kejadian tersebut. - Foto Antaranews
Advertisement