Anda di sini

Polis, ATM bincang kerjasama anggota untuk RCP

Advertisement

LAHAD DATU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia sedang berbincang mengenai kerjasama sesama anggota dalam pewujudan pusat pemeriksaan daratan atau Road Check Point (RCP) di Kalabakan, Tawau dan Telupid, Beluran.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman  Datuk Seri Zulkifli Abdullah berkata kerjasama itu penting dalam pelaksanaan RCP iaitu inisiatif tambahan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) bagi mengetatkan kawalan keselamatan di Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Inisiatif pelaksanaan itu bagi menghalang kebarangkalian pelbagai aspek penyeludupan termasuk pemerdagangan manusia di kawasan darat ESSZone,” katanya ketika ditemui di Pejabat Pasukan Polis Marin di sini, sempena lawatan kerjanya semalam.

Di samping RCP, katanya ESSCom turut mewujudkan langkah menghalang penyeludupan di laut ESSZone menerusi pelaksanaan Sea Check Point (SCP) di Pulau Berhala di Sandakan, Pulau Siamil di Semporna dan Pulau Karakit di Kudat.

Inisiatif tambahan ini diwujudkan bagi memastikan Sabah kekal selamat daripada ancaman luar yang tiada diduga,” katanya lagi. — Bernama

Advertisement