Anda di sini

SUSPEK CABUL DIBELASAH

Advertisement
 Suspek yang cedera diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
CUBA MELAWAN: Suspek yang cedera diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

KUCHING: Seorang lelaki ditangkap selepas didakwa mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun di hadapan sebuah sekolah di Bandar Baru Samariang di sini petang kelmarin.

Difahamkan, perbuatan terkutuk lelaki berusia 34 tahun itu disedari beberapa lelaki dewasa yang kemudian menegur suspek.

Suspek kemudian dikatakan melarikan diri dan terus diburu sebelum berjaya ditangkap berdekatan sebuah stesen minyak di Jalan Sultan Tengah sekitar jam 5 petang.

Suspek semasa ditahan oleh orang awam bagaimanapun menafikan perkara tersebut. Malah, dia dikatakan turut bertindak agresif menyebabkan dia dibelasah,” kata sumber.

Suspek yang mengalami kecederaan kemudian diserahkan kepada anggota dari Unit Kereta Peronda Polis (MPV) untuk tindakan lanjut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Superintenden Abang Junaidi Abang Anuar yang mengesahkan perkara tersebut memberitahu, laporan polis berhubung kes cabul tersebut telah dibuat oleh bapa mangsa sekitar tengah hari semalam di Balai Polis Gita.

Suspek telah ditangkap oleh orang awam dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Laporan polis berhubung kejadian juga telah dibuat oleh bapa mangsa dan kes disiasat sebagai kes cabul,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Suspek yang berasal dari Kampung Sungai Lumut telah dihantar ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan sebelum ditahan reman untuk membantu siasatan polis.

  • oleh
  • Advertisement