Anda di sini

Polis Brazil tempur pengedar dadah

Advertisement

Penduduk bantah kematian seorang budak, lebuh raya utama ditutup di Rio de Janeiro

 Anggota polis bersiap sedia di tembok lebuh raya semasa operasi menentang pengedar dadah berhampiran kawasan sesak Mare di Rio de Janeiro, Brazil kelmarin. — Gambar Reuters
BERGADAI NYAWA: Anggota polis bersiap sedia di tembok lebuh raya semasa operasi menentang pengedar dadah berhampiran kawasan sesak Mare di Rio de Janeiro, Brazil kelmarin. — Gambar Reuters

RIO DE JANEIRO: Tiga bahagian utama dalam sistem jalan raya di Rio de Janeiro ditutup seketika kelmarin ketika penduduk di sebuah kawasan kejiranan miskin membantah di tengah-tengah kemunculan pertempuran yang dilaporkan membunuh seorang budak lelaki tempatan.

Polis memasuki kawasan setinggan favela berbahaya Mare selepas menerima laporan belum disahkan mengenai pegawai yang dijadikan sebagai tebusan.

Semasa pertempuran sengit dengan pengedar dadah bersenjata, polis menembak mati seorang budak lelaki berusia 13 tahun, lapor organisasi hak asasi manusia dan media tempatan.

Keganasan kemudian me-rebak ke lebuh raya besar bersempadan dengan kawasan tersebut: Avenida Brasil, Linha Vermelha dan Linha Amarela.

Rakaman secara langsung dalam televisyen Globo News menunjukkan halangan batu dan sampah terbakar tanpa persediaan diletakkan penduduk tempatan bagi menghalang trafik.

Beberapa pemandu turut berdepan dengan bahaya akibat peluru sesat daripada pertempuran bersenjata antara polis dan pengedar.

Kira-kira 130,000-140,000 menetap di daerah Mare, yang meliputi beberapa favela.

Menurut satu kajian oleh Organisasi Rangkaian Bukan Kerajaan Mare seramai 42 terkorban semasa kejadian tembak-menembak di Mare pada 2017, atau kira-kira seorang setiap sembilan hari.

Seramai 57 lagi tercedera di sana semasa beberapa operasi oleh pihak polis atau pertempuran bersenjata antara kumpulan dadah, menurut tinjauan. — AFP

Advertisement