Anda di sini

14 pekerja pendatang Myanmar didakwa fitnah ladang ayam Thailand

Advertisement
 Pekerja pendatang dari Myanmar menunjukkan isyarat ingkar di hadapan media sebelum memasuki Mahkamah Majistret Don Muang di Bangkok semalam untuk berdepan tuduhan memfitnah ladang ayam Thammakaset kerana mendakwa berlaku penderaan buruh. — Gambar AFP
PERTAHAN HAK: Pekerja pendatang dari Myanmar menunjukkan isyarat ingkar di hadapan media sebelum memasuki Mahkamah Majistret Don Muang di Bangkok semalam untuk berdepan tuduhan memfitnah ladang ayam Thammakaset kerana mendakwa berlaku penderaan buruh. — Gambar AFP

BANGKOK: Mahkamah Bangkok memulakan perbicaraan fitnah semalam terhadap 14 pekerja pendatang Myanmar yang menuduh sebuah ladang ayam di Thailand melakukan penderaan buruh - satu kes yang menurut kumpulan hak asasi adalah satu usaha untuk mendiamkan penentang.

Ladang ternakan ayam di wilayah Lopburi mendakwa pekerja dengan jenayah memfitnah selepas mereka memfailkan aduan kepada sebuah jawatankuasa hak asasi negara pada 2016 menyatakan mereka diberi terlalu banyak kerja dan gaji yang rendah.

Buruh itu menyatakan mereka terpaksa bekerja dengan teruk selama 20 jam sehari tanpa pampasan bagi lebih masa di antara beberapa penderaan lain di ladang yang dimiliki Thammakaset, sebuah syarikat yang membekal-kan daging bagi konglomerat makanan Thai Betagro.

Betagro, sebuah syarikat gergasi makanan yang menjual kepada pelanggan di seluruh negara, kemudian memutuskan hubungan dengan ladang pembekal.

Namun Thammasaket telah memburu pekerja Myanmar dengan dakwaan - memfitnah dan memberi maklumat palsu kepada pegawai awam – yang membawa hukuman penjara selama  1.5 tahun.

Semalam pekerja pendatang itu hadir di mahkamah Bangkok bagi permulaan perbicaraan selama tiga hari.

Pekerja hanya memfailkan satu aduan kerana mereka memikirkan hak mereka telah dicabuli dan meminta agar sebuah badan bebas melakukan siasatan,” peguam bela Nakhon Chomphuchat memberitahu AFP sebelum perbicaraan.

Kes ini tidak seharusnya berlaku,” tambah beliau.

Thammasaket tidak segera dapat dihubungi bagi men-dapatkan komen lanjut.

Thailand mempunyai reputasi kelam kerana mengeks-ploitasi berjuta-juta pekerja pendatang yang membantu negara itu dalam sektor perikanan, perladangan dan kilang namun dilayan seperti rakyat kelas kedua.

Sebahagian besar tenaga kerja masih belum didoku-menkan, meninggalkan mereka dalam keadaan sangat terdedah kepada majikan dan polis yang korup serta pemerdagangan manusia.

Pekerja dari Myanmar, yang bersempadan dengan Thailand hingga ke barat, membentuk majoriti daripada buruh asing.

Ketika keadaan seperti hamba dan buruh seludup di dalam kapal tunda menangkap ikan telah menjadi tajuk utama di seluruh dunia, sektor penternakan yang bernilai berbilion dolar di Thailand adalah kebanyakan melepasi pemerhatian.

Thailand tidak membenarkan pekerja pendatang untuk membentuk kesatuan dagangan dan mereka yang mengadu sering kali mendapati diri mereka dibuang kerja atau didakwa di bawah undang-undang fitnah – satu senjata yang sering digunakan pihak berkuasa bagi mendiamkan pengkritik.

Sebelum perbicaraan kum-pulan hak asasi menggesa Thammasaket agar menggugurkan dakwaan dan menyeru perubahan kepada undang-undang jenayah fitnah di negara itu.

Jenis kes sebegini terlalu biasa di Thailand. Ia satu tanda kos yang tinggi perlu dibayar penentang dan pemaklum kebenaran kerana menuntut hak mereka,” kata Amy Smith dari Fortify Rights.

Finnwatch, sebuah kumpulan hak sivil Finland yang melaporkan mengenai isu buruh di Thailand, berkata pekerja dihukum kerana menyatakan secara umum mengenai penderaan yang mereka alami.

Ia adalah salah dan menunjukkan masalah serius dalam undang-undang fitnah di Thailand,” kata pengarah Finnwatch Sonja Vartiala. — AFP

Advertisement