Anda di sini

Tumpuan kepada Sarawak

Advertisement

Sarawak diletak di bawah tumpuan khusus hadapi sebarang kemungkinan ketika musim banjir.

APA KHABAR?: Shahidan ditemani Uggah dan Rubiah meninjau keadaan mangsa banjir di SK Kampung Mang.
APA KHABAR?: Shahidan ditemani Uggah dan Rubiah meninjau keadaan mangsa banjir di SK Kampung Mang.

KOTA SAMARAHAN: Sarawak kini diletakkan di bawah tumpuan khusus dalam tempoh dua bulan ini bagi menghadapi sebarang kemungkinan ketika musim banjir ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, untuk itu Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) akan menyalurkan lebih banyak bantuan anggota dan logistik mengikut permintaan negeri dalam mengurus bencana banjir di Sarawak.

Tambahnya, tumpuan sekarang diberikan kepada banjir di Sarawak kerana dijangka keadaan ini mungkin berlanjutan hingga Mac nanti.

Kesemua logistik di sini adalah mencukupi termasuk lori, bot dan khemah mudah alih tertutup akan dihantar selewat-lewatnya minggu depan.

Apa yang penting semua 17 pusat pemindahan dikendali dengan baik, saya boleh bagi rating lima bintang,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan bersama Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas di pusat pemindahan mangsa banjir Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Mang di sini malam kelmarin.

Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) NADMA Datuk Mohd Yusuf Wazir dan Ahli Parlimen Samarahan Rubiah Wang.

Malah, Shahidan turut mengumumkan 4,000 khemah mudah alih diluluskan serta-merta bagi kegunaan mangsa banjir di negeri ini.

Pada lawatan itu, beliau sempat beramah mesra dan meluangkan masa kira-kira sejam dengan 108 mangsa daripada 24 keluarga yang berada di pusat pemindahan berkenaan.

Mengulas lanjut, Shahidan berkata, pusat pemindahan kini bukan hanya dikendali Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) malah dibantu agensi-agensi kerajaan seperti Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan lain-lain.

Sekiranya kerajaan negeri memerlukan sebarang keperluan logistik, kita akan membuat pertimbangan secepat mungkin bagi kemudahan rakyat, selain itu kelengkapan pelajar dan sekolah yang terjejas juga akan diberi peruntukan segera.

Saya juga berbangga melihat keadaan di sini yang mana Uggah (Datuk Amar Douglas Uggah Embas) merangkap pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) bersama Pejabat Daerah, Ahli Parlimen sendiri hadir bagi memastikan kelancaran dan semua kemudahan mencukupi,” ujarnya.

 Shahidan menyaksikan pengagihan kit bantuan kepada mangsa yang disampaikan Uggah. Turut kelihatan Rubiah.
BANTU: Shahidan menyaksikan pengagihan kit bantuan kepada mangsa yang disampaikan Uggah. Turut kelihatan Rubiah.
  • oleh
  • Advertisement