Anda di sini

Ribuan penduduk dipindah akibat banjir di Jakarta

Advertisement
 Pelajar meredah jalan yang dilanda banjir ketika dalam perjalanan ke sekolah di Jakarta, Indonesia semalam. — Gambar Reuters
BANJIR: Pelajar meredah jalan yang dilanda banjir ketika dalam perjalanan ke sekolah di Jakarta, Indonesia semalam. — Gambar Reuters

JAKARTA: Ribuan penduduk di ibu kota Indonesia telah dipindahkan akibat banjir, kata gabenor Jakarta semalam, walaupun paras sungai naik akibat limpahan air dari sebuah kawasan tadahan hulu sungai telah menurun buat masa sekarang.

Hujan lebat turut me-nyebabkan tanah runtuh di beberapa bandar satelit sekitar Jakarta, dengan lapan orang hilang selepas dua kejadian tanah runtuh di sekitar bandar Bogor, menurut polis.

Rakaman TV semalam menunjukkan orang awam bergerak melalui air berwarna coklat lumpur di beberapa kawasan kediaman di bandar Jakarta.

Gabenor Jakarta Anies Baswedan berkata kira-kira 6,500 kehilangan tempat tinggal akibat banjir di beberapa kawasan di selatan dan timur Jakarta.

Kami telah memastikan bahawa penduduk yang berpindah menerima bantuan,” menurut Baswedan dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa air banjir akan surut  di pintu banjir Manggarai di ibu kota tersebut.

Sehari sebelumnya rakaman dramatik TV menunjukkan sungai dengan air berlumpur mengalir deras menerusi jalan raya, menumbangkan pokok dan malah beberapa vila di kawasan bukit sekitar Jakarta.

Pihak berkuasa terpaksa mengeluarkan air dari sebuah kawasan tadahan hulu sungai di bandar Bogor ketika paras air menyebabkan amaran pa-ling tinggi dilakukan.

Anggota polis dan tentera bekerjasama dengan anggota sukarelawan bagi menangani kesan banjir.

Pihak berkuasa bandar sejak beberapa tahun telah berusaha untuk memperbaiki kawasan tanah rendah di Jakarta yang terdedah kepada banjir semasa musim hujan.

Lebih 50 maut dalam salah satu banjir paling teruk di ibu kota pada tahun 2007 dan lima tahun lepas sebahagian besar pusat bandar ditenggelami air selepas beberapa terusan melimpah. — Reuters

Advertisement