Anda di sini

Pengiktirafan pokok durian merah tertua dilancar

Advertisement
 Pokok durian merah yang diiktiraf tertua dan tertinggi di Tongod.
DIIKTIRAF: Pokok durian merah yang diiktiraf tertua dan tertinggi di Tongod.

TONGOD: Pembantu Menteri Belia dan Sukan Datuk Masiung Banah telah melakukan pelancaran pengiktirafan pokok durian merah tertua dan tertinggi di Kampung Kenang-Kenangan, di sini.

Pokok durian merah itu dipercayai berusia lebih 100 tahun dengan mempunyai ketinggian 57.7 meter yang telah diukur dan disahkan oleh Jabatan Perhutanan Deramakot.

Menurut penduduk Kampung Kenang Kenangan, pokok durian merah itu menghasilkan lebih kurang 2,000 biji buah setiap kali musim berbuah.

Masiung yang juga ADUN Kuamut dalam ucapan mengesahkan kewujudan pokok itu adalah antara produk pelancongan yang bakal dilawati di daerah ini menjelang Tahun Melawat Tongod 2020.

Katanya, proses pemerkasaan ekonomi tidak tertumpu pada satu jenis bidang sahaja tetapi juga dalam pelbagai bidang seperti pelancongan.

Memandangkan 2020 merupakan Tahun Melawat Tongod seperti yang telah tertulis dalam takwim kerajaan negeri, maka kita akan memastikan lebih banyak lagi produk pelancongan untuk kita hidangkan kepada para pelancong.

Sebagai contoh, kewujudan pokok durian merah tertinggi dan tertua di daerah ini merupakan produk pelancongan yang pertama kita miliki,” katanya.

Beliau turut mengucapkan  tahniah kepada masyarakat kampung itu kerana berjaya menjadi salah satu pengeluar produk pelancongan di daerah ini.

Pada majlis itu juga, Masiung turut menyerahkan bantuan kepada mangsa yang terjejas banjir baru-baru ini.

Hadir sama, Pemimpin Pembangunan Masyarakat Kuamut Laising Podok dan Pegawai Jabatan Perhutanan Deramakot Sabah Edward Thomas.

Advertisement