Anda di sini

Pembedilan di Syria ragut 29 nyawa

Advertisement

Penduduk tuduh tentera rejim guna kimia toksik terhadap zon ditawan pemberontak

 Seorang lelaki mencium jenazah anak perempuannya, yang terbunuh dalam serangan udara, sebelum pengebumiannya di Zamalka, dekat ibu negara Damsyik, Syria kelmarin. — Gambar AFP
PILU: Seorang lelaki mencium jenazah anak perempuannya, yang terbunuh dalam serangan udara, sebelum pengebumiannya di Zamalka, dekat ibu negara Damsyik, Syria kelmarin. — Gambar AFP

ARBIN: Pembedilan rejim mengorbankan hampir 30 orang di sebuah enklaf pemberontak berhampiran Damsyik kelmarin, ketika konflik selama tujuh tahun di Syria menyebabkan orang awam terpaksa membayar satu nilai yang tinggi.

Penduduk di sekitar beberapa kawasan pertempuran Syria melaporkan pembedilan berterusan dan menuduh pasukan tentera Syria menggunakan bahan kimia toksik terhadap zon yang ditawan pemberontak.

Amerika Syarikat (AS) kelmarin menyatakan terdapat “bukti jelas” mengenai beberapa serangan gas klorin sejak beberapa minggu, termasuk di kawasan yang ditawan pembangkang di Ghouta Timur berhampiran Damsyik.

Kelmarin, beberapa sera-ngan udara dan tembakan artileri melanda Ghouta Timur, menurut Pemerhati Syria untuk Hak Asasi Manusia yang berpusat di Britain.

Seramai 29 orang awam terkorban dan beberapa lagi tercedera,” kata ketua pemerhati perang, Rami Abdel Rahman.

Serbuan paling berbahaya kelmarin melanda sebuah pasar di pekan Beit Sawa, mengorbankan 10 orang awam termasuk dua kanak-kanak.

Seramai sembilan orang awam, dua daripada mereka kanak-kanak dan seorang pekerja penyelamat tempatan, terkorban di Arbin.

Ghouta Timur adalah termasuk dalam satu perjanjian perdamaian dipersetujui pada tahun lepas oleh sekutu pemberontak Turki dan penyokong kerajaan Iran dan Rusia.

Namun keganasan bertambah di sana semenjak beberapa minggu lepas, dan pada bulan ini sahaja, klorin disyaki digunakan semasa dua kejadian dalam peluru dilancarkan pihak rejim ke atas Ghouta Timur.

Tuduhan ketiga mengenai penggunaan gas toksik muncul dari Idlib, sebuah wilayah yang dikawal pembangkang di bahagian barat laut negara yang turut gugur dalam zon bebas perang.

Hampir 12 orang menerima rawatan bagi masalah pernafasan pada Ahad lepas selepas serbuan oleh kerajaan Syria ke atas pekan Saraqeb, menurut pemerhati.

Mohammad Ghaleb Tannari, seorang doktor di sebuah pekan berhampiran, berkata hospitalnya telah merawat seramai 11 orang.

Semua kes yang kami terima memiliki simptom yang konsisten dengan menghidu gas klorin bertoksik, termasuk keletihan, kesukaran bernafas dan batuk,” beliau memberitahu AFP.

AS dan Rusia bertelagah di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kelmarin mengenai satu desakan oleh Washington bagi mengecam serangan gas klorin yang dilaporkan di Syria.

AS mencadangkan satu kenyataan draf mengecam penggunaan bahan kimia sebagai senjata, namun sekutu kerajaan Syria, Rusia menambah pindaan yang tidak menyebut mengenai serangan, menurut satu draf yang dilihat AFP.

Pada akhirnya tiada ke-nyataan dikeluarkan.

Duta AS Nikki Haley mengecam Rusia kerana enggan menyebut dalam satu kenyataan yang menurut beliau hanya satu “kecaman mudah bagi kanak-kanak Syria yang mengalami masalah pernafasan akibat gas klorin”.

Namun duta Rusia Vassily Nebenzia menyelar balas.

Ia adalah sangat jelas kepada kami tujuannya adalah untuk menuduh secara asas kerajaan Syria menggunakan senjata kimia walaupun tiada pelaku yang telah dikenal pasti,” kata beliau.

PBB mendapati kerajaan Syria telah melakukan serangan gas klorin pada 2014 dan 2015, dan turut menggunakan sarin ke atas sebuah pekan di Idlib pada tahun lepas.

Kerajaan Syria telah menafikan sepenuhnya dakwaan ia menggunakan senjata kimia dalam peperangan selama tujuh tahun di negara bergolak itu. — AFP

Advertisement