Anda di sini

BCL, Anuar Zain & Yuka dalam satu konsert pada 28 Feb ini

Advertisement
 Anuar Zain ditemani BCL dan Yuka Kharisma menurunkan tandatangan pada banting sempena sidang media konsert ‘BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live in Concert’ yang bakal berlangsung pada 28 April depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
SATU KONSERT: Anuar Zain ditemani BCL dan Yuka Kharisma menurunkan tandatangan pada banting sempena sidang media konsert ‘BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live in Concert’ yang bakal berlangsung pada 28 April depan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR: Paduan tiga suara penyanyi dari dua negara serantau, Malaysia dan Indonesia menerusi ‘BCL, Anuar Zain & Yuka Kharisma Live in Concert’ pada 28 Feb depan pastinya menjanjikan pengalaman yang berbeza buat peminat di Malaysia.

Konsert yang berlangsung di Pusat Kovensyen Kuala Lumpur berdurasi dua setengah jam itu merupakan penampilan pertama Bunga Citra Lestari (BCL) dan Yuka Kharisma bersama Anuar Zain dalam sebuah konsert di Kuala Lumpur.

Ini merupakan penampilan pertama saya dalam konsert di Malaysia, saya akan menyanyikan sekitar 9 hingga 11 buah lagu, akan ada penari dan kolaborasi bersama Anuar Zain dan Yuka,” kata BCL pada sidang media konsert berkenaan di Traders Hotel Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pada konsert tersebut, BCL yang diterbangkan dari Indonesia bakal membawakan kumpulannya terdiri daripada enam pemuzik manakala Anuar Zain serta Yuka pula diiringi lapan pemuzik tempatan, tiga penyanyi latar dengan Sze Wan sebagai pengarah muzik.

Kita ada tiga orang penghibur pada hari itu dengan genre yang berbeza, dan setiap orang akan menampilkan kelainan,” kata Anuar Zain.

EMPAT LAGU SOLO DAN BERTIGA

Saya akan menyanyikan empat buah lagu solo dan bertrio dengan Bunga Citra Lestari dan Yuka Kharisma dalam dua buah lagu yang kita medleykan, satu lagu Indonesia dan satu lagu Malaysia,” tambahnya.

Sementara itu Yuka yang juga penganjur konsert berkata, setakat ini hampir 50 peratus persediaan konsert telah dijalankan dan begitu teruja untuk berada satu pentas dengan dua nama besar di kedua-dua buah negara.

Selain menjadi sebuah platform untuk syarikat saya bergerak sebagai sebuah penganjur acara, konsert kali ini menemukan saya dengan dua nama yang cukup besar di negara masing-masing.

Pastinya sebuah kegembiraan dan kesyukuran buat saya apabila mereka bersetuju untuk berada satu pentas bersama saya nanti,” ujar Yuka yang juga pemilik Kharisma Entertainment Sdn Bhd.

Katanya tiket sudah mula dijual sejak 31 Januari lalu dengan harga RM2,199 (Intimate), RM1,599 (platinum), RM588 (diamond), RM488 (gold), RM388 (silver), RM288 (bronze) dan RM188 (regular) secara atas talian di www.yuka.com.my dan www.tickethotline.com.my.

Peminat juga boleh mendapatkan tiket di kaunter Dewan Plenari, KLCC pada 28 April depan, untuk maklumat lanjut sila layari www.yuka.com.my.

Selain itu, Yuka juga melancarkan album sulungnya berjudul #1 pada sidang media berkenaan.

Saya mengambil masa setahun untuk menyiapkan album yang mempunyai lapan buah lagu ini dan mempertaruhkan lagu bertajuk ‘Mati Rasa’ sebagai single pertama yang ditulis dan digubah sepenuhnya oleh saya sendiri,” kata Yuka. Bernama

  • oleh
  • Advertisement