Anda di sini

Suspek serangan Paris dibicarakan di Belgium

Advertisement

Didakwa cuba bunuh anggota polis di Brussels pada 15 Mac 2016, berdepan hukuman penjara 40 tahun

 Anggota pasukan keselamatan berkawal ketika satu konvoi dipercayai membawa Abdeslam, salah seorang suspek dalam serangan Daesh di Paris pada 2015, tiba di pekarangan mahkamah di Brussels, Belgium kelmarin. — Gambar Reuters
BERJAGA-JAGA: Anggota pasukan keselamatan berkawal ketika satu konvoi dipercayai membawa Abdeslam, salah seorang suspek dalam serangan Daesh di Paris pada 2015, tiba di pekarangan mahkamah di Brussels, Belgium kelmarin. — Gambar Reuters

BRUSSELS: Belgium ber-ada dalam keadaan sa-ngat berjaga-jaga semalam ketika suspek terakhir yang masih hidup dalam serangan Paris 2015, Salah Abdeslam, berdepan perbicaraan di Brussels berhubung kejadian tembakan yang membawa kepada penangkapannya.

Abdeslam, 28, telah me-ninggalkan sebuah penjara berhampiran bandar utama Perancis pada awal semalam, bersama satu konvoi kendera-an polis taktikal. Beratus-ratus anggota keselamatan Belgium melindungi bangunan mahkamah.

Abdeslam, seorang rakyat Perancis yang dilahirkan di Belgium berasal dari Maghribi, telah didakwa dengan “cubaan membunuh beberapa anggota polis dalam satu konteks keganasan” dan sebagai “membawa senjata yang dilarang dalam satu konteks keganasan”.

Dakwaan melibatkan satu pertempuran bersenjata di ibu negara Belgium pada 15 Mac, 2016, empat bulan selepas serangan Paris, yang membawa kepada penahanannya beberapa hari kemudian.

Tiga anggota polis terce-dera dan seorang rakan pejuang jihad terbunuh.

Abdeslam dan lelaki yang ditangkap bersamanya, rakyat Tunisia Sofiane Ayari, 24, akan menjalani hukuman penjara sehingga 40 tahun sekiranya disabitkan.

Perbicaraan merupakan peringkat awal untuk satu lagi kemudian di Perancis dan pihak pendakwaan mengharapkan perbicaraan Brussels akan memberikan petunjuk bukan sahaja  mengenai serangan yang mengorbankan 130 nyawa di Paris namun juga pengeboman nekad beberapa bulan kemudian di Brussels.

Abdeslam telah menolak untuk bercakap dengan pihak penyiasat sepanjang tempoh dua tahun sejak penangkapannya, yang menamatkan pemburuan selama empat bulan untuk lelaki yang paling dikehendaki oleh Eropah.

Namun dia menegaskan untuk menghadiri perbicaraan Brussels, yang dijangka akan berlangsung selama empat hari, menimbulkan persoalan mengenai sama ada  dia akan mengggunakan ia untuk membuka mulutnya.

Pendakwa raya persekutuan Belgium Frederic Van Leeuw  menyatakan “ia adalah penting bagi mangsa” bahawa perbicaraan memberikan petunjuk di sebalik dua serangan itu.

Kerahsiaan yang ketat meliputi rancangan bagi memindahkan Abdeslam dari Paris ke Palais de Justice di Brussels, dan kemudian kembali semula ke sebuah penjara hanya di seberang sempadan di utara Perancis pada setiap malam.

Pasukan tentera Perancis dan Belgium akan mengambil tanggungjawab bersama untuk mengiringi defendan dari penjara Vendin-le-Vieil di Perancis. Dia akan dibawa sama ada melalui jalan raya atau dengan menggunakan helikopter namun satu keputusan tidak akan dilakukan sehingga saat-saat akhir.

Pasukan keselamatan tidak meninggalkan senario bagi sebarang peluang – cubaan meloloskan diri, cubaan membunuh diri dan malah serangan lain – untuk kehadiran umum pertama bekas pemilik bar itu.

Di Brussels, pihak polis dikehendaki untuk mengawal sebuah bangunan dengan satu kawasan permukaan yang lebih besar berbanding dengan Basilica di Saint Peter di Rom.

Pihak penyiasat mempercayai penangkapan Abdeslam menyebabkan anggota kumpulan jihadnya mempercepatkan rancangan bagi serangan di Brussels.

Serangan nekad pada 22 Mac 2016, mengorbankan 32 nyawa di lapangan terbang dan stesen metro di Brussels berhampiran ibu pejabat Kesatuan Eropah (EU).

Kumpulan yang sama dipercayai menjadi dalang bagi kedua-dua serangan Paris dan Brussels, yang diakui oleh kumpulan pengganas Daesh.

Abdeslam telah menghabiskan selama 20 bulan dalam kurungan berasingan di bawah pengawasan video selama 24 jam di penjara Fleury-Merogis berhampiran Paris, selepas dipindahkan dari Perancis selepas penahanannya.

Pihak polis menyatakan Abdeslam dan Ayari telah bersembunyi di sebuah flat di daerah Forest di Brussels ketika ia diserbu oleh pihak polis Perancis dan Belgium dalam satu operasi rutin selepas serangan di Paris.

Seorang suspek ketiga, rakyat Algeria berusia 33 tahun Mohamed Belkaid, telah meninggal dunia ketika melakukan tembakan bagi melindungi mereka ketika melarikan diri melalui sebuah pintu belakang.

Pihak polis menyatakan mereka menemui cap jari Abdeslam di dalam flat, mengesahkan mereka berada dalam laluan bagi suspek terakhir dalam serangan bom dan raifal ke atas dewan konsert Bataclan, bar, restoran dan stadium kebangsaan di ibu negara Perancis pada 13 November, 2015.

Abdeslam dilaporkan sebagai membuang tali pinggang bom sebelum melarikan diri. Dia turut disyaki sebagai pemandu dalam serangan tersebut, di mana abangnya Brahim adalah salah seorang pengebom nekad.

Pihak polis menembaknya di bahagian kaki dan menangkapnya serta Ayari hanya beberapa batu dari kediaman Abdeslam di Molenbeek, sebuah kawasan kediaman pendatang di Brussels.

Ayari telah memasuki Eropah pada September 2015 melalui kepulauan Lesbos di Greek ketika kemuncak krisis migrasi membelenggu benua, dan merupakan salah seorang daripada beberapa pejuang jihad disyaki dibawa sekitar Eropah oleh Abdeslam. — AFP

Advertisement