Anda di sini

Lelaki Palestin mengaku bunuh bekas teman wanita hamil dari Israel

Advertisement
 Harouf duduk di mahkamah  Tel Aviv kelmarin sambil diawasi dua pengawal penjara Israel selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan membunuh Halimi. — Gambar Reuters
MENGAKU BERSALAH: Harouf duduk di mahkamah Tel Aviv kelmarin sambil diawasi dua pengawal penjara Israel selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan membunuh Halimi. — Gambar Reuters

BAITULMAQDIS: Seorang lelaki Palestin me-ngaku membunuh bekas teman wanitanya dari Israel, menyatakan pembunuhan dimotivasikan oleh nasio-nalisme, menurut kementerian kehakiman di Israel kelmarin.

Mohamed Harouf, seorang penduduk Nablus di Tebingan Barat yang ditakluki oleh Israel, ditangkap oleh polis Israel pada Ogos 2017 selepas mayat Mishal Halimi ditemui.

Wanita berusia 30 tahun itu hilang pada Mei, menurut laporan media, dan satu jenayah melibatkan perasaan telah disyaki kerana beliau sedang hamil dan berkahwin dengan lelaki lain pada masa itu.

Pembunuh telah men-cekik beliau ketika beliau sedang hamil dan kemudian merejam beliau dengan batu dan meninggalkan beliau begitu sahaja tanpa mengebumikannnya,” kata pen-dakwa raya, sambil menambah bahawa kedua-dua pihak telah mencapai satu tawaran bagi rayuan.

Kami mencapai perjanjian ini bagi mengelakkan perbi-caraan yang lama dan kami akan meminta persetujuan dengan pihak pembelaan bagi satu hukuman penjara se-umur hidup,” kata pendakwa raya, dipetik oleh kenyataan kementerian.

Mahkamah harus membuat keputusan pada satu tarikh yang masih belum ditetapkan.

Mahkamah memaklumkan bahawa pembunuh mahu membunuh seorang wanita Yahudi bagi motif ideologi,” peguam kepada keluarga Halimi menyatakan dalam satu kenyataan.

Ibu mangsa, Guita Zylberman, berkata “keadilan telah dilaksanakan” untuk anak perempuannya.

Pada 23 Mei 2017, hari ketika Halimi hilang, ke-luarganya memaklumkan pihak polis yang kemudian melancarkan operasi pemburuan untuk bekas teman lelakinya dari Palestin, menurut laporan media.

Halimi telah tinggal di kawasan penempatan Adam, berhampiran Ramallah di Tebingan Barat, namun dibunuh di tengah Israel.

Sekatan terhadap media telah lama dilakukan berhubung kes itu. — AFP

Advertisement