
KOTA KINABALU: Satu kebakaran melibatkan sebuah ambulans telah berlaku di sini, petang Sabtu.
Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II Jainal Engol berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.49 malam.
“Sembilan anggota bersama sebuah jentera pemadam telah dihantar ke lokasi kejadian untuk mengawal keadaan.
“Operasi memadam kebakaran tamat pada kira-kira jam 8.10 malam,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.
Beliau berkata, ambulans terbabit yang dalam perjalanan ke Hospital Queen Elizabeth 1 dari Kota Marudu sedang membawa pesakit sebelum kejadian berlaku.
Bagaimanapun katanya, tiada sebarang kecederaan berlaku.