Anda di sini

Chadwick Boseman buktikan loghat Afrika untuk ‘Black Panther’ perlu

Advertisement
__alt__

BINTANG ‘Black Panther’ Chadwick Boseman mendedahkan bahawa orang yang raguragu telah cuba untuk meyakinkannya agar tidak memberikan loghat Afrika kepada adiwira itu – dan betapa bangganya dia untuk membuktikan mereka salah.

 Warga Amerika berusia 41 tahun itu memegang watak tajuk dalam filem ke-18 dalam Marvel Cinematic Universe (MCU) – adiwira kulit hitam pertama yang mendapat filem mengenai dirinya sendiri.

 “Ada ketika dahulu di mana orang akan mengajukan soalan kepada saya mengenai sama ada audiens dapat atau tidak menonton filem dengan watak utama yang bercakap dengan loghat itu,” kata Boseman mengenai perubahan nada suara timur Afrika yang dia berikan kepada adiwira itu – alias King T’Challa.

 “Saya menjadi tegas tentang hakikat bahawa ia tidak benar,” ujarnya, dan menegaskan tidak ada seorang pun daripada mereka yang berkata tidak datang dari Marvel sendiri tetapi dari “luar”.

 “Intonasi dan melodi di dalam loghat Afrika adalah sama klasik seperti loghat British atau loghat Eropah.

” Boseman berkata sedemikan semasa satu sidang akhbar di Beverly Hills bersama pengarah Ryan Coogler, bintangbintang lain, Michael B Jordan, Lupita Nyong’o dan Danai Gurira dan barisan pelakon lain pada pagi selepas tayangan perdana yang gilanggemilang di Hollywood pada minggu lepas.

 Pelakon itu mendapat peluangnya selepas sedekad menjadi pelakon filem ‘indie’ dan televisyen yang tidak dikenali apabila Marvel menghubunginya pada 2014 dengan satu perjanjian lima buah filem yang lumayan untuk membawa watak Black Panther.

 Penampilannya dalam ‘Captain America: Civil War’ (2016) membolehkan Boseman untuk menikmati kemasyhuran sebenar buat pertama kali dan selebritinya dijangka akan melonjak apabila ‘Black Panther’ dibuka pada 16 Februari, diikuti pada bulan Mei oleh ‘Avengers: Infinity War’.

 - Raja Wakanda - T’Challa, raja dan pelindung negara fiksyen Wakanda yang maju dari segi teknologi di Afrika, digambarkan sebagai adiwira kulit hitam pertama, yang benar sebahagiannya.

 Kira-kira 30 watak kulit hitam sudah memakai ‘lycra’ untuk skrin besar sejak awal zaman 1990an, termasuk Falcon Marvel (Anthony Mackie sejak 2014), pemburu pontianak lakonan Wesley Snipes sebagai ‘Blade’ (1998) dan puteri Kenya lakonan Halle Berry, Storm, dalam empat filem ‘XMen’.

 Raja Wakanda itu boleh mendakwa diri sebagai adiwira kulit hitam pertama yang mendapat filem mengenai dirinya sendiri dalam MCU dan yang pertama dalam komik aliran utama Amerika, selepas dipaparkan dalam ‘The Fantastic Four’ pada 1966.

 “Semua emosi dan aspek watak itu dapat ditunjukkan dengan loghat itu, dan kita perlu mengambil peluang untuk menunjukkannya,” ujar Boseman.

 “Nenek moyangnya tidak pernah ditakluki dan dia tidak pernah ditakluki.

 Wakanda adalah seadanya – dia tidak perlu pergi ke Oxford atau Cambridge atau Yale untuk belajar, dia mendapat pendidikannya di rumah.”

Dilahirkan di South Carolina, anak kepada seorang jururawat dan seorang usahawan upholsteri, Boseman ada asal usul di negara Sierra Leone, barat Afrika.

 Sebelum Marvel, dia paling dikenali kerana lakonannya yang mendapat pujian sebagai legenda Jackie Robinson dalam filem arahan Brian Helgeland ‘42’ (2013), yang membuat penampilan sulung paling laris bagi sebuah filem besbol dalam sejarah Hollywood.

 Dia turut diberi pujian yang melangit bagi lakonannya sebagai penyanyi soul, James Brown, dalam ‘Get on Up’ (2014), yang turut dimasukkan ke dalam kelompok 10 persembahan terbaik pada 2014 oleh majalah Time.

 — AFP

Advertisement