Anda di sini

Mawar putih lambang kesamarataan di karpet merah Anugerah Grammy

Advertisement
Lady Gaga
Lady Gaga

SELEPAS ‘blackout’ di atas permaidani merah Anugerah Golden Globe untuk menarik perhatian kepada gangguan seksual dalam dunia hiburan baru-baru ini, bintangbintang paling hangat dalam industri muzik pada minggu lepas memakai bunga mawar putih ke Anugerah Grammy untuk menyokong kesamarataan jantina.

 Daripada Lady Gaga dan Kelly Clarkson hingga kepada Sting dan Khalid, artis-artis senarai A memakai atau membawa bunga tersebut.

 “Mawar putih melambangkan sikap hormat, memberi penghormatan kepada permulaan baharu dan menyuarakan harapan bagi masa depan,” tweet pergerakan ‘Time’s Up’, yang dilancarkan oleh ratusan wanita terkemuka di Tinseltown untuk menyinarkan cahaya ke atas salah laku seksual.

 “Kami suka dengan bunyi itu. #TIMESUP di #GRAMMYS.”

Gaga memakai kuntum bunga mawar dan pin ‘Time’s Up’ di atas bahu pakaian Armani hitam yang dramatik dengan bahagian atas renda dan seluar ketat, yang dapat dilihat menerusi belah besar dalam skirtnya yang melandai dengan deretan besar.

 Rambutnya yang perang diikat ke belakang dalam tocang ekor ikan yang dihiasi dengan renda hitam ala korset.

 Sewaktu dia mempersembahkan dua lagu balada ‘Joanne’ dan ‘Million Reasons’, dia berbisik, “Time’s up.”

(Masa sudah tamat) Clarkson – yang membawa mawar putih – menjadi peminat di atas permaidani merah, teruja mengenai artis yang menerima beberapa pencalonan Khalid dan berkata betapa dia amat menyukai muziknya.

 Namun diva pop itu – yang memakai gaun Christian Siriano hitam buatan khas dengan hiasan emas – menjadi serius apabila dia bercakap mengenai simbolisme bunga, dengan menyatakan bahawa baginya, ia mencerminkan “harapan dan keamanan dan simpati dan tentangan”.

 “Ia adalah menakjubkan untuk menjadi seorang ibu dan mempunyai seorang ibu untuk mengurus label saya,” katanya kepada televisyen E!.

 Bagi Cyndi Lauper, pergerakan mawar putih itu adalah mengenai gaji sama rata.

 “Kaum wanita meliputi 51 peratus daripada tenaga kerja, dan sudah tiba masanya kita dibayar gaji sama rata,” katanya.

 Penulis lagu Diane Warren hadir dengan sarung tangan putih, satu perkataan pada setiap tangan: ‘Girl’ (Wanita) dan ‘Power’ (Kuasa).

 - ‘Kesamarataan untuk semua orang’ -

Lelaki-lelaki muzik tidak diketepikan.

 Penerima beberapa pencalonan Khalid, Sam Smith, Sting, pengacara James Corden dan Ne- Yo adalah antara ramai lelaki yang memakai bunga mawar di atas lapel mereka.

 Dan kaum lelaki datang dengan memakai baju berwarna terang: kuning sawi, merah jambu, merah manggis dan merah tua menonjol daripada warna hitam asas.

 Elton John membawanya ke tahap seterusnya dalam jaket berkilauan berwarna merah, emas dan biru – dan cincin penuh di tangan dalam pelbagai warga yang bersinar menunjukkan perkataan ELTON.

 Smith, penyanyi soul dari Britain yang menjadi bintang pada 2014 dengan baladanya yang menusuk kalbu ‘Stay With Me’, memegang sut hijau rumput ‘double-breasted’ dengan baju merah wain di dalam.

 “Saya harap kita akan terus berusaha dan melangkah ke hadapan bagi kesamarataan untuk semua orang,” kata Smith, yang membuat persembahan di acara itu.

 — AFP

Advertisement