Anda di sini

TOBISA pelawa warga Sabah sertai Pesta Tarian Dunia 2018 di Sepanyol

Advertisement

konKOTA

KINABALU: Persatuan Tobilung Sabah Bersatu (TOBISA) mempelawa orang ramai khususnya yang berbakat dalam bidang tarian untuk menyertai saringan kelayakan Malaysia ke Pesta Tarian Dunia 2018 di Sepanyol.

Presiden TOBISA, Muji NC Ampau berkata saringan kelayakan Malaysia ini julung kali diadakan bertujuan mencungkil bakat muda dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Sabah.

Katanya, saringan kelayakan tersebut akan diadakan selama tiga hari di Kompleks JKKN Negeri pada 23-25 Feb ini.

“Golongan muda boleh tampil untuk mengambil peluang keemasan ini,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Muji, yang juga ketua kontinjen negara, berkata saringan kelayakan itu terdiri daripada empat kategori iaitu kategori Mini berumur empat hingga sembilan tahun, Kanak-Kanak berumur 10-13 tahun, kategori Junior (14-17 tahun) dan Senior (18-25 tahun).

Menurutnya, untuk saringan kelayakan, bakal peserta boleh memilih sama ada secara solo, berpasangan atau berkumpulan.

Jenis tarian yang akan dipersembahkan untuk saringan kelayakan haruslah terdiri daripada tarian nasional atau tarian rakyat, moden kontemporari atau aneka stail, ‘show dance’, jazz, balet dan hip hop,” katanya.

Muji berkata TOBISA telah melakar sejarah cemerlang melalui penyertaan tarian di peringkat antarabangsa sejak 2014.

Menurutnya, keterangan lanjut mengenai program itu boleh diperoleh dengan melayari Facebook/dwcmalaysia atau e-mel ke [email protected]. — Bernama

Advertisement