Anda di sini

Ikon gigi berperanan sebagai penyampai maklumat kesihatan gigi

Advertisement
 Seramai 15 iGG dipilih sebagai penyampai maklumat berkaitan kesihatan pergigian.
SURI TELADAN: Seramai 15 iGG dipilih sebagai penyampai maklumat berkaitan kesihatan pergigian.

RANAU: Ikon gigi (iGG) merupakan program yang melibatkan komuniti sebagai medium perantara dalam penyampaian maklumat kesihatan pergigian yang lebih berkesan di mana wakil komuniti yang dipilih dikenali sebagai ikon gigi.

Program ini adalah cetusan idea daripada bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM, iaitu program duta kenali ubat anda.

Ia juga adalah sebagai salah satu usaha atau inisiatif Bahagian Kesihatan Pergigian Kementerian Kesihatan Malaysia bagi mempromosikan kesihatan pergigian di seluruh negara yang melibatkan komuniti. Ia memberi impak kepada produktiviti dan ekonomi negara.

Ikon gigi yang terpilih turut diberi latihan berkaitan kesihatan pergigian dan berperanan sebagai suri teladan dalam penjagaan kesihatan pergigian kepada komuniti di sekelilingnya.

Program iGG bertujuan menggalakkan penglibatan aktif komuniti dalam aktiviti promosi kesihatan pergigian, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran komuniti agar mampu membuat keputusan berkenaan penjagaan gigi, seterusnya ke arah penerapan konsep ‘empowerment’ dalam kalangan komuniti.

Selain itu, ia juga membentuk rangkaian individu dalam komuniti yang bertindak sebagai wakil kesihatan pergigian untuk meningkatkan kesedaran komuniti berkenaan kepentingan kesihatan pergigian.

Seramai 15 iGG yang terpilih sebagai ikon gigi KKM iaitu Afifiee Hafidz Rushdan (Perunding Insurans Prudential), Fathin Alliza Jamal (Penyampai Radio Sabah Fm), Fred Donal Tedeus (kerja sendiri/pelakon), Hadi Hidayah Tutuh (Pengurus, Trainer & Motivator Al-Hidayah Training & Consultancy), Ilim Angkat (pengusaha ladang sawit), Mariani Lala (bekerja sendiri), Mohammad Basri Lala (kontraktor), Noorziyati Murshidi (Guru PDK) dan Noor Setiline Maidin (pelajar kolej).

Turut dipilih ialah Noor Syazwani Sadinin (pengusaha Homestay Olundus Kundasang), Nur Aina Fatin Asidih (pengusaha kedai runcit), Nurul Jannah Harun (pengusaha kantin), Nurlayali Watis (Pembantu Tadbir Hospital Ranau), Ronald Raynel (Pengurus Stesen Radio Kupi-Kupi FM) dan Vejaybalan Subramaniam (Guru Besar SK Luyang).

Advertisement