Anda di sini

Sharon Ubung dinobat sebagai Miss Grand Bintulu 2018

Advertisement
 Sharon (tengah) selepas di nobatkan sebagai Miss Grand Bintulu.
CANTIK: Sharon (tengah) selepas di nobatkan sebagai Miss Grand Bintulu.

KUCHING: Sharon Ubung, 24 tahun, seorang gadis berkelulusan sarjana muda Pembangunan Sumber Manusia telah dinobatkan sebagai pemenang Miss Grand Bintulu 2018 baru-baru ini.

Sementara itu, Mitchelle Guntur pula menduduki tempat kedua manakala Vanessa di tempat ketiga pertandingan ratu cantik itu yang diadakan di Bintulu.

Sharon dan Mitchelle akan mewakili kecantikan gadis Bintulu untuk merebut pula gelaran di peringkat negeri bagi Miss Grand Sarawak pada 31 Mac nanti di Sibu.

Dengan kemenangan itu, Sharon membawa pulang wang tunai RM1000, Golden Crown daripada M.O Sarawak, selempang, jambangan bunga, tiket penerbangan ke Kuala Lumpur beserta penginapan 2 hari 1 malam di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur selain produk-produk kecantikan bernilai RM5,000.

__alt__

Selain itu, Sarina Wan Ajang memenangi gelaran ‘Miss Grand Talent’ manakala Sherry Oliam telah memenangi ‘Miss Beautiful Body’.

Kategori ‘Best Catwalk’ dimenangi oleh Frennie Chua sementara ‘Miss Congeniality’ telah dianugerahkan kepada Lesabeth Matt.

‘Miss Grand Popular’ diberikan kepada Corina Senia Jerry hasil daripada keputusan panel juri yang hadir pada hari itu.

Mizta yang merupakan penganjur Miss Grand Bintulu dan juga merupakan Penaung kepada M.O Sarawak.

Miss Grand Bintulu disertai 14 orang gadis rupawan dan telah menarik kehadiran lebih kurang 400 penonton.

Antara tetamu kehormat yang telah menghadiri majlis tersebut adalah Setiausaha Politik, Jenny Bangga.

Penyanyi tempatan tanah air seperti Sita Jin , Sima dan Diana Ant Belikau turut tampil bertenaga sewaktu membuat persembahan selain pengacara berkebolehan Patrici Judin memeriahkan lagi majlis.

  • oleh
  • Advertisement