Anda di sini

Suspek kes bunuh juruteknologi pergigian ditemui

Advertisement
 Suspek utama kes samun dan bunuh Mahusin direman tujuh hari sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan di Mahkamah Seremban Seremban semalam. — Gambar Bernama
DIREMAN: Suspek utama kes samun dan bunuh Mahusin direman tujuh hari sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan di Mahkamah Seremban Seremban semalam. — Gambar Bernama

SEREMBAN: Suspek utama kes samun dan bunuh Juruteknologi Pergigian Mahusin Abd Rahim, ditemui di sebuah rumah di Johor Bahru, kira-kira jam 9 malam kelmarin.

Suspek yang berumur 19 tahun itu kemudiannya diperintah untuk di reman tujuh hari hingga Selasa depan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Norharyatie Mohd Said selepas permohonan dikemukakan pegawai penyiasat, ASP Zakaria Zainal.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Port Dickson, Supt Zainudin Ahmad berkata lelaki tersebut yang tidak bekerja juga dipercayai menggunakan kad kredit milik mangsa.

Beliau berkata pihak polis turut merampas motosikal Yamaha Y152ZR dan sebuah topi keledar milik mangsa yang berada dalam simpanan suspek.

Siasatan turut mendapati lelaki tersebut tidak mengubah nombor pendaftaran motosikal itu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pada 22 Jan lepas, seorang juruteknologi pergigian Klinik Kesihatan Port Dickson, Mahussin, 28, ditemukan mati dibunuh di kediamannya di tingkat empat Kuarters Kakitangan Klinik Kesihatan Lukut.

Siasatan awal berdasarkan keadaan mayatnya mendapati mangsa meninggal dunia lebih 72 jam sebelum ditemukan.

Bedah siasat di Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban mengesahkan mangsa mati akibat hentakan benda keras pada kepala. — Bernama

Advertisement