Anda di sini

Peniaga dipenjara merasuah polis

Advertisement
 Peniaga karpet dan tekstil warga Pakistan dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana memberi suapan RM200 kepada seorang anggota polis. — Gambar Bernama
BERSALAH: Peniaga karpet dan tekstil warga Pakistan dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana memberi suapan RM200 kepada seorang anggota polis. — Gambar Bernama

KUALA TERENGGANU: Seorang peniaga karpet dan tekstil warga Pakistan dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam kerana memberi suapan RM200 kepada seorang anggota polis.

Hakim Mohd Haldar Abd Aziz menjatuhi hukuman itu ke atas Zeb Ghulab, 24, yang mengaku bersalah atas pertuduhan itu.

Tertuduh diperintahkan menjalani hukuman itu mulai tarikh dia ditangkap pada 8 Jan lepas.

Zeb dituduh memberi suapan tersebut kepada Lans Koperal Sebri Shukri pada kira-kira jam 8.30 malam dalam mukim Kijal, Kemaman, sebagai dorongan untuk tidak dikenakan tindakan atas kesalahan gagal mengemukakan dokumen lesen memandu.

Dia membayar denda itu.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwaraya SPRM Muhammad Zulfadli Mohd Nawawi manakala tertuduh diwakil peguam Mohd Shahir Mat Jusoh. Bernama

Advertisement