Anda di sini

Kumpulan Prime Domestic gegarkan pentas hiburan Majlis Agenda DBKU

Advertisement
 Kumpulan Prime Domestic bergambar bersama peminat-peminat mereka selepas persembahan.
MERIAH: Kumpulan Prime Domestic bergambar bersama peminat-peminat mereka selepas persembahan.

KONSERT Prime Domestic menggegarkan Majlis Agenda Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) di Tebingan Kuching, baru-baru ini.

Kawasan Tebingan Kuching dipenuhi orang ramai dari jam 8 malam bagi menyaksikan persembahan sulung kumpulan rock itu yang baharu ditubuhkan pada 2017.

Kumpulan yang dianggotai oleh bekas pemain gitar kumpulan Wings, Joe Wings; Hillary Ang yang juga bekas pemain gitar Search itu turut membariskan mantan Search dan NRG, Syed Ahmad Fauzi (bass) selain pemain dram Ainul dan Aweera selaku vokalis.

Persembahan selama 1 jam 45 minit yang sangat bertenaga itu berjaya membuat penonton berpuas hati.

Majlis Agenda DBKU pada tahun ini diadakan pada 26 sehingga 28 lalu dengan tema ‘Digitalisation Towards Smart and Friendly City’.

 Joe dan Hillary lincah memetik gitar elektrik mereka.
OTAI: Joe dan Hillary lincah memetik gitar elektrik mereka.
__alt__
Advertisement