Anda di sini

Tiga sahabat dihadap ke mahkamah didakwa edar heroin

Advertisement
 S.Devasivasharman, P.Muniswaran, dan G.Kalaiyarasan diiringi anggota polis di Mahkamah Majistret semalam atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis Heroin seberat 5.886 kilogram di Jalan Jelapang dua minggu lepas. — Gambar Bernama
TIDAK MENGAKU SALAH: S.Devasivasharman, P.Muniswaran, dan G.Kalaiyarasan diiringi anggota polis di Mahkamah Majistret semalam atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis Heroin seberat 5.886 kilogram di Jalan Jelapang dua minggu lepas. — Gambar Bernama

IPOH: Tiga sahabat dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua pertuduhan mengedar dadah jenis heroin seberat 5.866 kilogram di Jalan Jelapang, di sini, dua minggu lepas.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan ke atas S. Devasivasharman, 21; P. P P.Muniswaran, 43; dan G. Kalaiyarasan, 46, di hadapan Majistret Nurul Hafizah Mohammad Pauzi.

Bagi pertuduhan pertama dan kedua, mereka didakwa mengedar dadah jenis heroin seberat 2672.0 gram dan 3194.30 gram di No 577A, Jalan Jelapang, Jelapang, di sini, pada 12.30 tengah hari, 17 Jan lepas.

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(A) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 1983) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Qistina Qamar L Abrar manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Charan Singh dan Jagdave Singh.

Mahkamah menetapkan 28 Mac untuk sebutan semula kes. — Bernama

Advertisement