Anda di sini

Bruno Mars menang besar di Anugerah Grammy ke-60

Advertisement
__alt__

PENYANYI Bruno Mars, yang menghidupkan semula ‘retro funk’ dan R&B untuk generasi baharu, pada Ahad lepas menyapu Anugerah Grammy dalam penolakan mengejutkan bagi dunia hip-hop, yang sebelum ini mengharapkan pencapaian besar pada malam terbesar dalam industri muzik.

Industri itu menggunakan gala tahunannya untuk menarik sokongan bagi pergerakan wanita yang semakin meningkat untuk menentang gangguan seksual, dan penyanyi pop Kesha menyampaikan persembahan yang garang mengenai kisah pencabulannya sendiri.

Namun bagi majlis anugerah itu, Mars menceriakan malam.

Dia memenangi hadiah utama, Album Terbaik, untuk ‘24K Magic’ selain Rakaman Terbaik, yang mengiktiraf lagu terbaik, untuk lagu tajuk album – satu kisah tentang zaman berfoya-foya yang diiringi muzik ‘synthesizer’ dan ritma ala zaman 1980an.  

The Recording Academy, badan yang dianggotai 13,000 orang profesional muzik, turut memberikannya anugerah untuk Lagu Terbaik, yang mengiktiraf penulisan lagu, bagi satu lagi lagu dalam album berkenaan – ‘That’s What I Like’.

Penyanyi berusia 32 tahun itu, yang mengukir senyuman ceria dan memakai kacamata hitam, menceritakan bagaimana dia pertama kali membuah persembahan ketika kanak-kanak untuk pelancong di negeri asalnya Hawaii.

Saya ingat melihatnya sendiri – orang menari yang tidak mengenali satu sama lain dari dua bahagian dunia, menari dengan satu sama lain, minum ucap selamat dengan satu sama lain, sama-sama meraikan suasana,” katanya.

Apa yang saya mahu buat dengan album ini adalah itu,” katanya kepada ribuan pemain industri di Madison Square Garden, New York, di mana Anugerah Grammy diadakan selepas 15 tahun di Los Angeles.

 Logic (tengah) menyanyikan lagu ‘1-800-273-8255 ‘ bersama Khalid (kiri) dan Alessia Cara semasa Anugerah Grammy yang ke-60 di New York pada Ahad Lepas.  — Gambar AFP
UNTUK SEMUA: Logic (tengah) menyanyikan lagu ‘1-800-273-8255 ‘ bersama Khalid (kiri) dan Alessia Cara semasa Anugerah Grammy yang ke-60 di New York pada Ahad Lepas. — Gambar AFP

Anti-klimaks untuk rap —

Mars memenangi semua anugerah yang dia pertandingkan pada malam yang dijangka besar bagi hip-hop, yang buat pertama kali mendominasi pencalonan dalam kategori penting.

Namun industri sama lebih suka dengan Mars, atau undi bagi penyanyi rap berpecah-belah.

Taikun hip-hop, Jay-Z, yang mendahului dengan lapan pencalonan, menamatkan malam itu dengan tangan kosong.

Kendrick Lamar buat kali kedua menyapu bersih semua kategori rap tetapi gagal memenangi hadiah utama.

Lima anugerahnya termasuk Album Rap Terbaik untuk ‘DAMN.’, yang kembali kepada bunyi hip-hop klasik.

Lamar membuka gala yang disiarkan menerusi televisyen itu dengan satu persembahan rancak, melontarkan rangkapnya ketika dia disertai penyanyi utama kumpulan U2 Bono di tengah lautan penari kung fu yang kemudian jatuh ke lantai seakan-akan terkena peluru. 

Tidak lagi “pura-pura menang” dalam bilik mandi —

Alessia Cara, yang bangkit daripada membuat video YouTube dalam bilik tidurnya untuk menjadi seorang penyanyi pop yang sedar tentang masyarakat, memenangi anugerah yang diperhatikan dengan dekat bagi Artis Baharu Terbaik.

Saya berpura-pura memenangi anugerah Grammy sejak saya kanak-kanak dalam bilik mandi saya,” kata penyanyi berusia 21 tahun dari bandar pinggir Toronto itu di gala tersebut.

Saya hanya mahu menggalakkan semua orang untuk menyokong muzik tulen dan artis tulen kerana semua orang sewajarnya diberi peluang yang sama,” ujar Cara.

Cara dengan cepat menemui suaranya sebagai seorang penyanyi dengan lagu single seperti ‘Here’, yang menggambarkan ketakutan emosi yang dipaksa di sebuah parti, dan ‘Scars to Your Beautiful’, satu seruan bagi imej badan yang sihat.

 Kesha (tengah) semasa menyanyikan lagu ‘Praying’ bersama-sama (dari kiri) Bebe Rexha, Cindy Lauper, Camila Cabello dan Andra Day di Anugerah Grammy, Ahad lepas.  — Gambar AFP
SEPENUH HATI: Kesha (tengah) semasa menyanyikan lagu ‘Praying’ bersama-sama (dari kiri) Bebe Rexha, Cindy Lauper, Camila Cabello dan Andra Day di Anugerah Grammy, Ahad lepas. — Gambar AFP

­— Mendapatkan sokongan untuk wanita —

Di tengah-tengah perhatian yang semakin meningkat kepada diskriminasi jantina dalam industri hiburan ekoran pendedahan tentang salah laku seksual oleh mogul Hollywood, Harvey Weinstein, bintang terkemuka – khususnya Lady Gaga – berjalan di atas permaidani merah dengan memakai bunga mawar putih dalam solidariti dengan mangsa pencabulan dan dalam rayuan bagi kesamarataan.

Kesha – dengan rayuan untuk menamatkan perjanjian dengan penerbitnya, yang dia tuduh merogolnya, pada mulanya tidak diendahkan dalam industri – membuat sebahagian penonton menangis dengan lagunya yang amat peribadi ‘Praying’.

Dengan wajah yang serius dan suara yang garang, Kesha menyanyikan lirik autobiografi: “After everything you’ve done / I can thank you for how strong I have become.” (Selepas segalanya yang kamu buat / aku dapat mengucapkan terima kasih kerana telah menjadikan saya begitu kuat)

Beberapa vokalis wanita termasuk Cyndi Lauper memberikan kepadanya sokongan simbolik dan harfiah, dan Kesha memeluk kumpulan itu dalam pelukan beramai-ramai ketika dia menamatkan persembahan.

Penyanyi Janelle Monae, yang memperkenalkan Kesha, berkata industri muzik perlu menangani masalah pencabulannya sendiri.

Kepada mereka yang berani untuk cuba menyenyapkan kita, kami memberikan anda dua perkataan: Time’s Up!” kata Monae, menggunakan slogan bagi pergerakan yang dilancarkan pada Hari Tahun Baharu oleh ratusan wanita terkemuka dalam industri hiburan.

Penyanyi rap Logic menambah suaranya sendiri kemudian di atas pentas, dengan mem-beritahu wanita: “Berdiri tinggi dan himpit semua pemangsa di bawah berat hati anda yang penuh dengan kasih sayang yang mereka tidak dapat rampas daripada anda.”

Anugerah Grammy itu turut memaparkan penghormatan kepada peminat muzik yang terbunuh dalam serangan di Las Vegas dan Man-chester pada tahun lepas dengan lagu sayu Eric Clapton ‘Tears in Heaven’ yang sama-sama disam-paikan oleh tiga bintang country, Eric Church, Maren Morris and Brothers Osbourne. — AFP

Advertisement