Anda di sini

‘Fesyen dan Muzik’ dalam Anugerah Juara Lagu Ke-32 pada 11 Feb ini

Advertisement
__alt__

ACARA muzik yang paling dinanti-nantikan iaitu Anugerah Juara Lagu (AJL) bakal menggegarkan Axiata Arena, Bukit Jalil pada 11 Februari ini dengan 12 buah lagu terbaik sepanjang tahun 2017 akan berentap sesama mereka.

 Dua belas lagu yang telah layak ke pentas AJL 32 adalah ‘AKHIRNYA, CINTA’ nyanyian Salma, ‘AKU CINTA’ (Syamel & Ernie Zakri), ‘AKU YANG SEBENAR’ (Hazama The Penglipur Lara), ‘AMBOI’ (Altimet), ‘BAYANG’ (Khai Bahar), ‘JAMPI’ (Hael Husaini), ‘LEBIH SEMPURNA’ (Syamel), ‘MENAHAN RINDU’ (Wany Hasrita), ‘SEJATI’ (Faizal Tahir yang akan dinyanyikan oleh Azmi Caliph Buskers), ‘SEPARUH MATI KU BERCINTA’ (Dayang Nurfaizah), ‘TERGANTUNG SEPI’ (Haqiem Rusli) dan ‘WARKAH UNTUK MU’ (Ara Johari).

 Jika tahun lalu, ‘Cerita Dalam Lagu’ menjadi tema pilihan, Anugerah Juara Lagu yang ke-32 (AJL 32) tahun ini mengangkat ‘Fesyen dan Muzik’ sebagai tema utama.

 Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Johan Ishak dalam satu kenyataan, Anugerah Juara Lagu masih utuh mendominasi sebagai pentas terbaik mengangkat usaha para pemuzik yang merangkumi komposer, penulis lirik dan juga penyanyi melalui penjurian profesional walaupun kini memasuki edisi ke-32.

 “Kami turut berbangga kerana tidak hanya mengiktiraf lagu terbaik, AJL dilihat menjadi pentas idaman para penyanyi untuk mempamerkan kualiti vokal nyanyian dan persembahan mereka,” katanya.

 Selain itu, buat pertama kalinya demi menampilkan kelainan bersesuaian dengan tema yang dipilih, trofi AJL 32 telah disuntik dengan elemen fesyen hasil kerjasama pereka fesyen tersohor, Rizman Ruzaini.

 Tambahnya, “Selain mahu menghayati komposisi lagu, nyanyian merdu serta bertenaga para fi nalis dan persembahan yang dipertaruhkan, penonton juga sentiasa ternantinantikan fesyen apakah yang bakal digayakan mereka.

 Muzik dan fesyen sememangnya saling melengkapi.

 Kami merasakan tema yang dipilih pada tahun ini amat bertepatan.

” Mengambil kira transisi fesyen yang sentiasa berubah-ubah dari tahun 1986 hingga kini, pasti ramai yang masih ingat fesyen pilihan Ramlah Ram yang berani untuk berevolusi ketika itu dengan memakai baju berbentuk kunci dan hati.

 Begitu juga jika melihat pada pemilihan fesyen terkini, Dayang Nurfaizah antara fi nalis yang dilihat peka dengan penampilannya di atas pentas.

 Beliau pasti tampil dengan persalinan mewah dan bergaya, bersesuaian dengan lagu yang disampaikan sehingga menjadi identitinya.

 Setiap artis bebas bereksprementasi dan memilih bagaimana mereka mahu menyerlahkan ekspresi diri melalui muzik dan fesyen, samada bergerak seiring dengan peredaran zaman atau terus kekal dengan identiti walaupun dunia telah berevolusi.

 Selain 12 lagu yang dipertandingkan, gandingan pengacara majlis turut menjadi tumpuan.

 Jika tahun lalu menampilkan Awal Ashaari, Che Puan Sarimah Ibrahim, Fara Fauzana dan Fizi sebagai pengacara, tahun ini Alif Satar dan Sherry Al Hadad bakal menggalas tugas berat untuk mengacarakan AJL 32.

 AJL 32 dibawa khas oleh Nivea Face Care, Nivea Pearl White Whip Foam dan Samsung Galaxy A8 | A8+.

 Selain itu, Samsung akan turut menyumbangkan hadiah bagi kategori Anugerah Penyanyi Pilihan Samsung dan juga Persembahan Terbaik.

 Pada malam AJL 32 nanti akan turut diserikan lagi dengan persembahan hebat oleh Stacy, AG Coco, Edrie Hashim, Waris, Awie, Siti Sarah, A. Rahman Hassan dan Jeffrey Din.

 Tambah menarik, AJL32 tahun ini turut menawarkan peluang buat penonton mengundi kategori Persembahan Terbaik pada malam kemuncak iaitu pada 11 Februari 2018 menerusi laman web www.xtra.com.my/ajl32.

 Undian yang hanya akan dibuka bermula jam 9.00 malam – 11.30 malam itu akan menyumbang kepada 50 peratus markah keseluruhan manakala baki 50 peratus markah adalah daripada juri profesional.

 Ketahui info fi nalis, berita terkini AJL32, video dan galeri sebalik tabir serta siaran penstriman langsung menerusi LIVE TV di xtra yang dikuasakan oleh tonton bermula jam 9.00 malam.

 Merancakkan lagi arena atas talian, tonton membawakan temubual eksklusif dan terkini bersama fi nalis dari belakang pentas AJL32 menerusi laman web www. tonton.com.my.

 Buat pertama kalinya, tonton turut menawarkan 170 pas masuk VIP ke malam kemuncak termasuk akses penuh ke AJL32 Post Party Rated Xtra buat pelanggan bertuah.

 Ketahui cara memenangi pas VIP untuk akses penuh ke selebriti terkenal di malam AJL32 menerusi laman web www.tonton. com.my dan www.xtra. com.my.

 Ikuti siaran FB LIVE di laman Facebook @ tontonMY bermula 11.30 malam sehingga lewat malam untuk merasai bahang kemeriahan acara AJL32 Post Party Rated Xtra yang menghimpunkan ramai selebriti selain fi nalis AJL32.

 Orang ramai yang ingin menonton siaran langsung dan merasai sendiri bahang kemeriahan AJL 32 dijemput hadir ke Axiata Arena, Bukit Jalil pada 9 Februari 2018 (Jumaat) untuk pengambilan tiket.

 Kaunter akan dibuka bermula jam 3.00 petang hingga 5.00 petang. Tiket adalah terhad.

 AJL 32 juga boleh di tonton secara langsung di portal video tonton (www. tonton.com.my).

 AJL 32 turut disokong oleh Geng Radio iaitu Hot FM & Kool FM, Geng Media Berita Harian dan Harian Metro serta Geng Media Digital Ohbulan & Durian Stroberi!.

 Layari dan dapatkan perkembangan semasa menerusi Facebook, Twitter & Instagram TV3Malaysia untuk mendapatkan berita terkini.

 Gunakan hashtag #AJL32 untuk menghangatkan lagi perbualan tentang anugerah ini di laman sosial.

Advertisement