Anda di sini

Lelaki didenda kerana cederakan lelaki lain

Advertisement

MIRI: Mahkamah Majistret semalam mendenda seorang lelaki RM1,800 atau empat bulan penjara setelah mengaku bersalah dengan sengaja mencederakan seorang lelaki lain.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Zuraini Ali Musa setelah meneliti beberapa aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes, berat kesalahan yang dilakukannya serta mengambil kira kepentingan awam.

Joffry Jantan Faizal, 31, dari Desa Indah 3 di sini didapati dengan sengaja telah mencederakan Mohamad Hasbi Hirol, 28, di bahagian muka dan leher.

Kesalahan itu didakwa dilakukannya pada jam 7 pagi, 8 Januari lalu di sebuah lot di Desa Indah 3 (Bunga Raya), Bandar Baru Permyjaya di sini.

Bagi kesalahan itu, tertuduh telah didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang boleh membawa  hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan ASP Mary Ong.

Advertisement