Anda di sini

Injunksi sementara harus dibenar halang kenyataan fitnah daripada terus disiar

Advertisement

PUTRAJAYA: Mahkamah harus membenarkan injunksi sementara inter parte untuk menghalang Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua Kiam Wee daripada terus menerbitkan kenyataan atau kilp video fitnah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Mahkamah Rayuan  diberitahu semalam.

Peguam Datuk Wira Mohd Hafarizam Harun berhujah bahawa Najib akan mengalami kemudaratan segera dan tidak boleh diperbaiki serta reputasinya akan rosak jika perkataan-perkataan atau klip video yang dikatakan fitnah itu terus disiarkan kepada jumlah pengguna Internet yang tidak terbatas.

“Perintah hakim Mahkamah Tinggi harus dikekalkan, jika tidak, pada masa perkara itu dibicarakan, kerosakan terhadap reputasi Respon (Najib) membawa impak besar dan tidak boleh ditebus dengan pampasan melalui perintah ganti rugi,” katanya.

Beliau berkata surat tuntutan telah dikeluarkan oleh peguamcara Najib pada 11 April tahun lepas kepada Pua menuntut beliau berjanji tidak mengulangi dakwaan tersebut atau membuat dakwaan yang sama tetapi setakat ini, Pua tidak memberi sebarang janji atau menjawab surat itu.

Hafarizam berhujah pada prosiding mendengar rayuan Pua terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 14 Oghos, tahun lepas yang membenarkan injunksi sementara inter parte kepada Najib untuk melarang Pua daripada terus menerbitklan kenyataan atau klip video berbaur fitnah terhadap Najib.

Beliau berkata Najib, yang memegang jawatan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan pemimpin Komuniti mempunyai hak untuk mempertahankan maruah dan reputasinya dengan memohon kepada mahkamah bagi injunksi sementara.

Hafarizam berkata perkataan-perkataan yang dikatakan fitnah itu disiarkan dalam laman rasmi Facebook Puan yang boleh diakses oleh semua pengikut Facebook yang membuka laman itu dan impak pengedarannya melalui internet adalah sangat besar.

Terdahulu, peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Pua berhujah bahawa hakim Mahkamah Tinggi telah tersilap apabila membenarkan perintah injunksi dalam kes saman fitnah kerana gagal mempertimbangkan dengan sewajarnya kenyataan pembelaan  Pua terhadap dakwaan Najib.

Beliau berkata keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan injunksi sementara inter parte kepada Najib adalah jelas tersilap dan harus dibatalkan.

“Kami mengatakan bahawa responden (Najib) tidak melakuklan apa-apa untuk melepaskab bebannya. Mal;ah,  selain dajkwaan kosong, responden gagal untuk menunjukkan atau mengemukakan apa-apa keterangan untuk membuktikan bahawa perkataan-perkataan itu adalah jelas tidak benar atau bahawa kenyataan pembelaan lain oleh Pua pasti gagal,” kata Gobind.

Najib menyaman Pua atas kapasiti peribadinya kerana mendakwa Pua telah membuat kenyataan fitnah terhadapnya dengan memuatnaik video berkaitan pembentangan Rang Undang-undang Ahli Persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355.

Perdana Menteri mendakwa klip video yang dimuat naik oleh Pua atau ejen-ejennya dalam laman facebook rasmi defendan, berdurasi selama dua minit dan 21 saat dan bertajuk ‘BN Govt abandons all Bills to give precedence to PAS RUU355 Private Member’s Bill’, boleh diakses secara meluas dan bebas melalui Internet. — Bernama

Advertisement