Anda di sini

Erti cinta sebenar dalam telemovie ‘Wira Insan’ di TV1, 3 Feb ini

Advertisement
__alt__

KONFLIK antara persahabatan dan cinta tiga segi antara tiga sahabat karib diangkat sebagai jalan cerita telemovie bertajuk ‘Wira Insan’ yang bakal disiarkan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 3 Februari ini, jam 3.05 petang menerusi saluran TV1.

Meskipun mengguna-kan platform plot cinta tiga segi namun telemovie arahan Marzunaidi Mat Noh ini mendorong kepada menyuntik sema-ngat cintakan negara dan erti persahabatan lebih mulia berbanding menge-jar cinta wanita semata.

‘Wira Insan’ menam-pilkan lakonan mantap Wan Raja, Ezany Nizariff, Reen Rahim, Zaliey Suhaili dan Nor Hanan menyorot perjalanan kisah watak utama iaitu Suri dan Wira, sangat meminati dunia ketenteraan manakala sahabat mereka Insan memasuki dunia tentera dengan harapan dapat memikat Suri.

Kisah tiga sahabat baik sejak di bangku persekolahan iaitu Wira, Insan dan Suri.

Wira dan Suri menyambung pelajaran di UUM dan kedua-dua mereka memasuki pasukan askar PALAPES.

Insan pula bekerja dengan syarikat ayahnya.

Insan menaruh hati pada Suri tetapi sebaliknya Suri memendam cinta pada Wira. Sikap Insan membuatkan Suri berbelah bagi antara hubungan persahabatan dan cinta.

Insan memasuki pasukan askar WATANIAH bagi menambat hati Suri. Beliau cemburu dengan sikap Suri yang rapat dengan Wira.

Kemudian Suri dan Wira yang berkhidmat di Rejimen 513, ditugaskan pula ke pasukan WATANIAH tersebut sebagai Leftenan Muda dan menjadi ketua kepada platun Insan.

Insan mula dingin dengan Wira apabila mengetahui yang Suri mencintai Wira. Wira pula dalam dilema antara untuk menerima cinta Suri atau berkorban terhadap Insan yang telah banyak membantunya selama ini.

Wira sanggup berundur dari terlibat dalam percintaan demi persahabatannya dengan Insan. Wira menganggap Suri seperti adik-beradiknya sendiri dan menolak cinta Suri.

Begitu juga dengan Insan yang lebih mementingkan kecintaan kepada negara daripada memilih Suri.

Suri kecewa dengan keputusan Wira dan cuba beralih kepada Insan, namun Insan juga mengutamakan nilai persahabatan berbanding percintaan. Wira berjaya dalam bidang ketenteraan, Insan pula menerajui syarikat ayahnya manakala Suri bertugas sebagai seorang guru.

Advertisement