Anda di sini

Pembalakan haram, lapan warganegara Indonesia didenda

Advertisement
 Lapan warga asing diiring keluar dari Mahkamah Sesyen setelah dijatuhkan hukuman atas pensabitan menebang pokok secara haram.
CURI BALAK: Lapan warga asing diiring keluar dari Mahkamah Sesyen setelah dijatuhkan hukuman atas pensabitan menebang pokok secara haram.

SIBU: Mahkamah Sesyen di sini semalam menjatuhkan hukuman denda RM25,000 ke atas lapan warganegara Indonesia atas kesalahan menebang pokok secara haram.

Hakim Caroline Bee Majanil turut memerintahkan kelapan-lapan tertuduh membayar RM19,000 sebagai royalti kepada kerajaan negeri iaitu 10 kali ganda daripada nilai kayu balak yang dirampas.

Jika gagal membayar denda yang dikenakan, tertuduh diarah menjalani hukuman penjara 10 bulan berkuat kuasa hari ini.

Mengikut pertuduhan, mereka didakwa menebang 736 batang pokok secara haram pada 1 November, 2017, kira-kira jam 11.30 pagi di hutan sekitar Kampung Balakong, Daro.

Sehubungan itu, mereka telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 90(1), Ordinan Perhutanan 2015 yang dibacakan bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Seksyen 90(1) ini membawa hukuman denda tidak kurang RM25,000 dan tidak melebihi RM150,000 atau penjara tidak lebih lima tahun, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Hishamudin Roslan.

Advertisement