Anda di sini

Hanis Zalikha & anaknya Yusuf jadi duta Anmum Essential

Advertisement
 Hanis Zalikha bersama anaknya Yusuf dan suaminya yang juga seorang pelakon Hairul Azreen.
KELUARGA ANMUM ESSENTIAL: Hanis Zalikha bersama anaknya Yusuf dan suaminya yang juga seorang pelakon Hairul Azreen.

PEMINAT pastinya tidak sabar untuk menonton keletah pelakon Hanis Zalikha dan anaknya Yusuf Iskandar sebagai duta baharu Anmum Essential menerusi rancangan terbaharu ‘My Little Heroes’ di Astro Ria (saluran 104) yang bakal bersiaran pada 31 Januari depan.

Dalam kenyataan Pengarah Pemasaran, Fonterra Malaysia Karen Ong berkata, sebagai seorang ibu, Hanis sentiasa inginkan yang terbaik untuk tumbesaran Yusuf terutama dalam mendapat keseimbangan dari segi nutrisi yang baik dan juga stimulasi untuk menyokong perkembangan mental, emosi dan sosial anaknya.

Cara penjagaan anak Hanis sepadan dengan mesej jenama kami, ditambah pula dengan pilihannya untuk memberikan susu Anmum Essential kepada Yusuf menjadikan beliau calon yang terbaik untuk dipilih sebagai duta Anmum Essential,” katanya.

Ong berkata melalui program itu yang bersiaran setiap Rabu pukul 9 malam, peminat boleh melihat keletah Yusuf yang periang, bijak, bersifat ingin tahu serta mudah menyesuaikan diri dengan sesiapa sahaja itu, serta berpeluang mempelajari tips keibubapaan dan petua berguna yang bakal dikongsi Hanis.

Kanak-kanak aktif yang sedang membesar memerlukan nutrisi optimum serta stimulasi yang betul untuk menyokong perkembangan mental, emosi dan sosial mereka, katanya.

 Pengurus Pemasaran Fonterra Brands Malaysia, Irene Cheah (kiri) bersama Duta Anmum Essential Hanis Zalikha dan keluarga.
DUTA ANMUM: Pengurus Pemasaran Fonterra Brands Malaysia, Irene Cheah (kiri) bersama Duta Anmum Essential Hanis Zalikha dan keluarga.

NUTRISI PENTING

Gabungan stimulasi dan nutrisi penting seperti DHA and Gangliosida (GA) sangat penting untuk menyokong perkembangan otak. Apabila sel-sel otak berhubung, kanak-kanak akan lebih cepat berkembang dari segi memori, pembelajaran dan memahami perasaan,” kata Ong.

Anmum Essential yang kini dengan Mind-Q Connect mengandungi DHA dan dua kali ganda GA (Gangliosida) serta fosfolipid dan protein mampu membekalkan kanak-kanak keperluan tersebut.

Sementara itu, Hanis berkata, “Saya sangat berbangga dapat menjadi duta Anmum Essential kerana jenama ini mempunyai persamaan dengan impian saya iaitu untuk memberikan Yusuf nutrien-nutrien penting bagi menyokong tumbesaran dan perkembangannya.”

Sebelum ini, saya tidak mengetahui yang otak kanak-kanak mengandungi 15 hingga 500 lebih Gangliosida daripada tisu-tisu lain dalam tubuh mereka.

Walaupun saya sentiasa memastikan Yusuf mendapat hidangan yang seimbang, namun manfaat tambahan DHA dan Gangliosida masih diperlukan untuk menyokong perkembangan otaknya,” kata Hanis.

Selain itu, beliau juga menyukai formula susu Anmum Essential yang tidak mengandungi gula tambahan dan diperkayakan dengan vitamin, mineral dan serat makanan. — Bernama

Advertisement