Anda di sini

Penunggang maut motosikal terbabas

Advertisement
Mangsa disahkan maut di tempat kejadian

MIRI: Seorang lelaki menemui ajal selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat kemalangan dengan sebuah pikap di Jambatan Sibuti, Kilometer 62 Jalan Pesisir Pantai Miri, dekat sini, pagi tadi. 

Dalam nahas kira-kira jam 10.30 pagi itu, mangsa yang maut dikenali sebagai Nasir Abidin, 38, dari Kampung Tiris Bekenu.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu ketika dihubungi bagi mengesahkan kejadian, berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan lalu terbabas memasuki lorong bertentangan dan melanggar sebuah pikap yang sedang dari arah Miri menghala ke Bintulu. 

"Mangsa yang maut kemudiannya dibawa ke Hospital Miri untuk bedah siasat dan kes ini disiasat dibawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. 
 

  • oleh
  • Advertisement