Anda di sini

Malaysia akan tingkatkan usaha perjelas tentang minyak sawit

Advertisement
 Mah (tengah) melancarkan buku ‘Oil Palm Replanting’ pada Majlis Perasmian Seminar Kajian dan Tinjauan Ekonomi Minyak Sawit 2018 anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB)  di Putrajaya, semalam. — Gambar Bernama
PELANCARAN: Mah (tengah) melancarkan buku ‘Oil Palm Replanting’ pada Majlis Perasmian Seminar Kajian dan Tinjauan Ekonomi Minyak Sawit 2018 anjuran Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) di Putrajaya, semalam. — Gambar Bernama

PUTRAJAYA: Malaysia akan meningkatkan usahanya untuk memberi penjelasan mengenai industri minyak sawit kepada para menteri di Eropah, selain Suruhanjaya Eropah (EU) sebelum blok itu membuat keputusan muktamad mengenai pengharaman komoditi berkenaan dalam bio bahan api mulai 2021.

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi  Datuk Seri Mah Siew Keong berkata sebelum larangan itu sah sebagai undang-undang, ia perlu melepasi dua lapiran proses iaitu kelulusan majlis EU atau majlis menteri selain EU.

“Kami akan membuat penjelasan menerusi 16 kedutaan Malaysia di Eropah selain menghubungi pejabat-pejabat anggota EU di sini bagi memastikan semua fakta, maklumat tepat mengenai minyak sawit selain bantahan kita terhadap larangan itu, dimaklumkan kepada mereka,” katanya pada sidang media di sini selepas merasmikan Seminar Kajian Semula dan Unjuran Ekonomi Minyak Sawit, di sini semalam.

Beliau menyifatkan keputusan Parlimen EU malam tadi mengenai pengharaman penggunaan minyak sawit dalam bio bahan api sebagai ‘hari hitam’ ke atas amalan perdagangan bebas kerana ia mendiskriminasi minyak sawit.

“Ini bukan mengenai isu kemampanan, sebaliknya lebih kepada diskriminasi terhadap minyak sawit, macam mana mereka menyalahkan minyak sawit atas segala-galanya? Ini bukan mengenai penebangan hutan dan apa sekali pun, namun lebih kepada dasar perlindungan terhadap petani Eropah.

Walaupun kecewa dengan perkembangan terkini itu, Mah berkata Malaysia dan negara pengeluar minyak sawit lain akan meningkatkan usaha untuk memberikan gambaran yang lebih jelas mengenai perladangan kelapa sawit, memandangkan penurunan jumlah undi ke atas pengharaman oleh Ahli Parlimen Eropah (MEP) semalam membuktikan usaha berterusan yang dilakukan oleh negara pengeluar semakin menunjukkan kejayaan. — Bernama

Advertisement