Anda di sini

HUS cari waris Dom Lela Malawi

Advertisement

KUCHING: Hospital Umum Sarawak (HUS) mencari waris atau ahli keluarga terdekat kepada pesakit lelaki dikenali sebagai Dom Lela Malawi.

Pesakit dijumpai oleh pihak polis di kawasan Batu 8, Jalan Matang dalam keadaan sukar untuk bergerak dan kini mendapat rawatan di Jabatan Kecemasan dan Trauma, HUS.

Mengikut maklumat daripada pihak HUS, alamat terakhir pesakit tersebut ialah di Batu 8, Jalan Matang, Kuching.

Menurut pesakit, beliau mempunyai seorang abang bernama Nusa Malawi yang tinggal di Kampung Selang, Lundu.

Pihak hospital amat berharap ahli keluarga atau waris pesakit dapat menghubungi Jabatan Pendaftaran Negara bagi tujuan pengesahan dokumen pengenalan pesakit dan urusan penempatan pesakit ke Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Jabatan Kecemasan dan Trauma HUS menerusi talian 082-276666 sambungan 5969/5165 dengan kadar segera.

Advertisement