Anda di sini

Aksi lincah Yusuf Iskandar & Bujibu Chempel dalam ‘My Little Heroes’

Advertisement
 Yusuf bersama kedua-dua ibu bapanya Hanis Zalikha dan Hairul Azreen semasa sidang media di Kuala Lumpur kelmarin.
HERO CILIK: Yusuf bersama kedua-dua ibu bapanya Hanis Zalikha dan Hairul Azreen semasa sidang media di Kuala Lumpur kelmarin.

GELAGAT Yusuf Iskandar, hero cilik kepada pasangan selebriti popular Hanis Zalikha dan Hairul Azreen bersama kucing peliharaan keluarga mereka, Bujibu Chempel, kini digarap dalam sebuah program realiti keibubapaan, ‘My Little Heroes - Yusuf & Bujibu’, yang akan bersiaran pada setiap hari Rabu, mulai 31 Januari ini, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Program ‘My Little Heroes - Yusuf & Bujibu’ ini akan bersiaran sebanyak lapan episod, berdurasi selama 30 minit bagi setiap episod.

Ia akan memfokuskan pada kepelbagaian aktiviti yang didedahkan kepada Yusuf untuk menggalakkan perkembangan tumbesarannya dan mengenali personaliti beliau dengan lebih mendalam.

Apatah lagi, Yusuf yang kini berusia 1 tahun 7 bulan berada dalam fasa yang penuh dengan perasaan ingin tahu terhadap dunia sekelilingnya.

Lebih bermakna apabila Yusuf akan ditemani oleh kucing peliharaan keluarga beliau, Bujibu Chempel, dalam menjalani setiap aktiviti seterusnya menghasilkan lebih banyak momen menarik mereka berdua yang sememangnya akrab ini.

Yusuf mempunyai seramai 2 juta pengikut di laman Instagram, manakala Bujibu yang terkenal dengan ekspresi wajah ‘selamba’ ini pula mempunyai 1.1 juta.

Antara aktiviti yang dilakukan Yusuf dalam ‘My Little Heroes - Yusuf & Bujibu’ adalah berenang, melakukan aksi lasak bersama bapanya Hairul Azreen, melawat dan memberi makan kepada haiwan, melukis bersama Bujibu, membantu ibu dan

bapanya di tempat kerja, membuat pizza bersama Syeriv Samheizy (anak kepada pasangan selebriti Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin) dan pelbagai lagi.

Selain itu, program ini juga turut menyelitkan perkongsian aktiviti harian dan amalan yang dipraktikkan oleh Hanis dan Hairul dalam membesarkan Yusuf serta perkara menarik mengenai putera sulung mereka yang tidak pernah didedahkan kepada umum sebelum ini.

Menurut Penolong Naib Presiden Gen Next Astro Razlin Irawati Johar, program yang menampilkan gandingan seorang anak cilik bersama haiwan peliharaan kesayangannya adalah yang pertama di bawah slot eBu.

“ISTIMEWA. Itulah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan program ‘My Little Heroes - Yusuf & Bujibu’ ini. Meskipun terhad tanpa sebarang komunikasi berbentuk dialog antara Yusuf Iskandar dan kucingnya, Bujibu Chempel, jalinan keakraban jelas terpancar antara mereka berdua,” katanya.

Tambahnya lagi, “Banyak perkara yang boleh kita pelajari daripada hubungan istimewa ini. Kesudian Hanis dan Hairul menerima pelawaan daripada kami untuk memaparkan aktiviti kehidupan putera mereka bersama kucingnya, Bujibu amat kami hargai.”

Anmum™ Essential, susu tepung yang menyokong perkem-bangan kanak-kanak untuk mencapai potensi penuh dengan memaksimumkan perhubungan sel-sel otak mereka, hadir menghulurkan sokongan penuh terhadap program ini selaku penaja utama.

Pengarah Pemasaran, Fonterra Malaysia, Karen Ong berkata, “Sebagai seorang ibu yang bertanggungjawab, Hanis hanya inginkan yang terbaik untuk tumbesaran Yusuf. Beliau akan memastikan Yusuf mendapat keseimbangan dari segi nutrisi yang baik dan juga stimulasi untuk menyokong perkembangan mental, emosi dan sosial.

Tambahnya, “Cara penjagaan anak Hanis sepadan dengan mesej jenama kami. Ditambah pula dengan pilihannya untuk memberikan susu Anmum™ Essential kepada Yusuf menjadikan beliau calon yang terbaik untuk dipilih sebagai duta Anmum™ Essential.”

“Kami juga sangat berbesar hati untuk bekerjasama dengan Hanis dan Yusuf dalam program ‘My Little Heroes - Yusuf & Bujibu’ sebagai penaja utama. Keletah Yusuf yang periang, bijak, bersifat ingin tahu serta mudah menyesuaikan diri dengan sesiapa sahaja telah menjadi perhatian ramai peminat,” kata Karen.

Gelagat lincah Yusuf dan Bujibu dapat disaksikan dalam ‘My Little Heroes – Yusuf & Bujibu’ pada setiap hari Rabu, mulai 31 Januari 2018 jam 9.00 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Program ini juga turut boleh dinikmati melalui platform digital, Astro GO dan ‘on demand’.

Advertisement